Tuesday, November 4, 2014

Sedia ‘buang’ nama kabilah

Kabul: Presiden Afghanistan Ashraf Ghani memutuskan untuk tidak lagi menggunakan nama kabilahnya, Ahmadzai, dan meminta semua media serta jabatan kerajaan supaya hanya menggunakan nama keluarganya.

Jurucakap Fayeq Wahidi berkata, sepucuk surat dari pejabat hal ehwal pentadbiran Istana Presiden dihantar ke semua jabatan kerajaan meminta supaya nama ‘Ahmadzai’ tidak lagi digunakan dalam surat dan dokumen rasmi.
Katanya, surat itu ditandatangani presiden.
Menurutnya, Ashraf mahu menggunakan nama yang tertera pada kad pengenalannya.
Ahmadzai antara kabilah berbangsa Pashtun terbesar di Afghanistan dan kebanyakannya bertapak di selatan serta tenggara negara itu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6320#sthash.RubO2eF7.dpuf

No comments:

Post a Comment