Friday, December 26, 2014

A. Rahman, Fadilah kini pasangan suami isteri



A. RAHMAN (kiri) menyarungkan cincin pada jari Fadilah pada majlis akad nikah pasangan itu di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, selamat bergelar suami kepada pelakon, Fadilah Mansor, 54, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Pasangan yang berkenalan setahun lalu itu telah dinikahkan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd. Hamid di hadapan 400 orang tetamu pada pukul 9 malam.
“Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan saya kini kembali bergelar suami. Saya harap perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan doakan yang terbaik untuk kami berdua,” kata A. Rahman yang ditemui selepas majlis akad nikah tersebut.
Pada majlis berkenaan, pihak pengantin lelaki telah membawa lima dulang hantaran dengan dibalas lima dulang oleh pihak pengantin perempuan serta sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3MxcQjIw4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment