Monday, December 8, 2014

AS hantar enam tahanan dari penjara Guantanamo ke Uruguay

AHAD, 7 DISEMBER 2014 @ 7:24 PM

 
MIAMI: Enam tahanan dari Teluk Guantanamo dipindahkan ke Uruguay, kata kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Penghantaran itu tergendala selama beberapa bulan atas alasan keselamatan di Pentagon dan pertimbangan politik di negara Amerika Selatan itu.

Mereka ialah enam tahanan pertama dipindahkan ke Amerika Selatan dari pangkalan AS di Cuba, sebagai sebahagian daripada langkah Presiden Barack Obama untuk menutup penjara berkenaan.

Presiden Uruguay, Jose Mujica bersetuju menerima enam tahanan itu - empat Syria, seorang Tunisia dan seorang Palestin - atas dasar kemanusiaan dan berkata, mereka akan diberikan bantuan untuk menjalani kehidupan di sebuah negara dengan jumlah umat Islam yang kecil.


Kesemua mereka ditahan kerana disyaki militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda pada 2002 tetapi tidak pernah didakwa. - AP

No comments:

Post a Comment