Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor dan Adun Sungai Burung Datuk Shamsudin Lias melambaikan tangan selepas menyerahkan kereta serta surat Penolakan Tawaran Pengerusi Kira - Kira Wang Awam Selangor (PAC) dan Pemulangan Semula Semula Kereta Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta hari ini susulan keengganan beliau menerima jawatan Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor.

Adun Sungai Burong itu berkata, tindakan Dun Selangor meminda peraturan tetap 68(1) yang mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC yang diluluskan 4 Disember lalu menyebabkan beliau terikat dan tiada pilihan.

"Jelas di sini, pindaan itu menjadikan saya sebagai pak turut dan boneka semata-mata.

"Ingin saya tegaskan, saya tidak akan sekali-kali melanggar prinsip integriti sebagai seorang wakil rakyat.

"Dalam hal ini, saya tiada pilihan melainkan mempertahankan prinsip-prinsip yang menjadi asas integriti saya atau menerima tawaran di mana kuasa hanya pada nama tetapi tangan terikat rapi dan terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi Pengerusi PAC kelak," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Beliau turut memulangkan kereta rasmi kerana pemberian itu didakwa sebagai umpan dan "political mileage" kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menunjuk-nunjuk sedangkan pemberian tersebut diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Speaker: Jangan politikkan isu beri kereta ]

Sementara itu, pengganti bagi kekosongan jawatan itu akan diputuskan oleh Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar kemudian.