Friday, December 12, 2014

MH17: Dua Lagi Mangsa Dikenal Pasti


Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 6:59 PM

THE HAGUE: Pihak berkuasa Belanda telah mengenal pasti dua lagi mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, menjadikan empat lagi daripada 298 mereka yang terbunuh masih belum dikenal pasti.
"Dua mangsa nahas MH17 telah dikenal pasti minggu ini," kata kementerian keadilan Belanda dalam satu kenyataan pada Khamis.
Salah seorang daripada dua mangsa yang dikenal pasti adalah warga Belanda manakala seorang lagi warga asing, kata kementerian itu tanpa mendedahkan kewarganegaraan itu di atas permintaan kedutaan negara berkenaan.
Kementerian itu berkata, empat mangsa yang masih belum dikenal pasti merupakan rakyat Belanda.
Kesemua mangsa dari 11 negara terbunuh dalam tragedi itu.
Pesawat Boeing 777 ditembak jatuh di kawasan bergolak di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal. - AFP

No comments:

Post a Comment