Friday, December 12, 2014

MH17: Hanya 4 lagi mangsa belum dikenal pasti


THE HAGUE: Pihak berkuasa Belanda hari ini mengenal pasti dua lagi mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai lalu.
Berikutan itu, hanya empat daripada 298 penumpang masih belum dapat dikenal pasti. Keempat-empat mereka adalah warga Belanda.
Menurut Kementerian Kehakiman Belanda dalam satu kenyataan hari ini, dua mangsa tragedi MH17 sudah dikenal pasti minggu ini.
"Satu daripada mangsa yang dikenal pasti adalah warga Belanda manakala seorang lagi warga negara lain," menurut kenyataan itu tanpa menyatakan kewarganegaraan mangsa berkenaan kerana menghormati permintaan kedutaan.
Pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu mengorbankan semua penumpang yang majoritinya adalah warga Belanda. - AFP

No comments:

Post a Comment