Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi
Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi
SHAH ALAM - Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju dengan tindakan Polis Antarabangsa (Interpol) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap ulama terkemuka dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi selepas didesak kerajaan Mesir.
Menurutnya, tiada ‘hitam dan putih’ yang mengatakan tokoh ulama tersebut terlibat di dalam kegiatan jenayah seperti yang didakwa kerajaan Mesir.
“Walaupun ada ketika saya tidak bersetuju dengan pendapat beliau (al-Qaradawi), tetapi, tidak semestinya saya bersetuju dengan tindakan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, kelmarin.
Beliau meminta supaya kerajaan Mesir dan juga Interpol mengemukakan bukti kukuh sebelum mengeluarkan Notis Merah kepada al-Qaradawi.
“Sekiranya kita nak dakwa atau nak senarai hitam seseorang, kita perlu kemukakan bukti kukuh. Ini adalah undang-undang. “Sama seperti kes ini. Kalau mahu tangkap beliau, kedua-dua pihak perlu tunjukkan bukti dahulu,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan perlu memberikan pendirian mengenai isu ini namun bukan dalam keadaan terburu-buru walaupun pernah menganugerahkan al-Qaradawi sebagai tokoh Maal Hijrah pada tahun 2009