Sunday, December 28, 2014

Ukraine lumpuhkan Semenanjung Crimea

Seorang wanita menggunakan lilin untuk melihat jam semasa gangguan bekalan elektrik di bandar Simferopol, Crimea kelmarin.
Seorang wanita menggunakan lilin untuk melihat jam semasa gangguan bekalan elektrik di bandar Simferopol, Crimea kelmarin.




DONETSK - UKRAINE . Ukraine bertindak memotong bekalan elektrik serta menamatkan perkhidmatan bas dan kereta api ke Semenanjung Crimea selepas wilayah itu jatuh ke tangan Rusia, awal tahun ini.



Kiev memberi alasan terpaksa mengambil pendekatan tersebut selepas mendakwa puak pemisah pro-Rusia menyekat penghantaran arang batu ke loji janakuasanya.



Sementara itu, Ukraine memberi alasan perkhidmatan bas dan kereta api ke Semenanjung Crimea terpaksa dibekukan kerana faktor keselamatan penumpang.



Crimea mengisytiharkan kemerdekaan dari Ukraine pada 17 Mac lalu dan secara rasmi memohon untuk menjadi sebahagian daripada Rusia selepas keputusan referendum menyaksikan 96.8 peratus penduduknya memilih menyokong pemisahan itu.



Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia bertukar tahanan dan banduan perang yang membabitkan hampir 370 orang, langkah yang dianggap penting ke arah mengurangkan pertelingkahan di timur Ukraine.



Ukraine menyerahkan kira-kira 222 tahanan manakala kumpulan pemisah membebaskan 145 orang, menurut agensi berita RIA Novosti. - Press TV

No comments:

Post a Comment