Saturday, January 31, 2015

Raja Salman pecat dua putera Raja Abdullah


GAMBAR fail 8 Ogos 2013 menunjukkan Putera Khaled Bin Bandar Bin Abdul Aziz (tengah) menghadiri solat sunat Aidilfitri di sebuah masjid Riyadh.


RIYADH – Pemerintah baharu Arab Saudi, Raja Salman bin Aziz al-Saud berusaha untuk mengukuhkan kuasanya kelmarin apabila baginda bertindak memecat dua anak lelaki Almarhum Raja Abdullah, beberapa ketua pe­risikan dan agensi utama di samping merombak Kabinet.
“Raja Salman mengeluarkan ­perintah memecat Ketua Pe­risikan Umum, Putera Khalid bin Bandar bin Abdul Aziz al-Saud,” lapor agensi berita Saudi Press.
Pengumuman itu dibuat selepas Raja Salman menaiki takhta susulan kemangkatan Raja Abdullah.
Dalam satu perintah ­berasingan, Putera Bandar bin Sultan yang merupakan anak saudara Raja Abdullah turut dilucutkan daripada jawatan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara dan penasihat raja.
Dua lagi anak lelaki almarhum turut dipecat ialah Putera Mishall yang merupakan Gabenor Mekah dan pemerintah bandar raya ini, Putera Turki.
Seorang lagi anak lelaki Raja Abdullah, Putera Mitep mengekalkan kedudukannya sebagai menteri yang bertanggungjawab mentadbir pasukan Pengawal Kebangsaan yang mempunyai kira-kira 200,000 askar.
Raja Salman, 79, yang me­rupakan adik tiri Raja Abdullah turut menamakan 31 muka baharu dalam Kabinetnya yang antara lain me­rangkumi porfolio kebudayaan dan maklumat, hal ehwal sosial, perkhidmatan awam dan komunikasi.
Beberapa jam selepas kemangkatan Raja Abdullah pada minggu lalu, Raja Salman melantik anak lelakinya, Putera Mohamed bin Salman sebagai Menteri Pertahanan Arab Saudi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3QLqG5uN8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment