Agensi berita BBC melaporkan anggota Parlimen pembangkang, Pat Martin memberitahu Speaker bahawa beliau mengalami kesukaran untuk duduk dengan selesa sementara menunggu gilirannya untuk mengundi.
Beliau kemudian dibenarkan keluar, namun terpaksa memberi penjelasan terperinci kepada ke­semua anggota Dewan Parlimen tentang alasannya bertindak me­ninggalkan sidang Parlimen.
“Saya membeli beberapa helai seluar dalam yang agak kecil yang dijual pada harga promosi. Selepas memakainya saya mendapati agak sukar untuk saya duduk dengan selesa,” jelas Martin.
Alasan Martin itu membuat anggota Parlimen ketawa dan memberikan tepukan gemuruh kepadanya.
Speaker Parlimen Kanada berkata, pada awalnya beliau tidak membenarkan Martin me­ninggalkan persidangan sebaliknya menyuruhnya supaya duduk semula.
“Saya tidak faham apa yang cuba diperkatakan oleh Martin pada ketika itu begitu juga ketika ini,” kata­nya secara berseloroh.