Ibu tunggal melancong guna duit bantuan
LINCOLNSHIRE - ENGLAND. Seorang ibu tunggal yang diberi bantuan kewangan tanpa segan silu menggunakan sebahagian bantuan tersebut untuk melancong ke beberapa negara selama lima minggu.
 
Menurut Dailymail UK, Kay Bird, 28, dikecam warga internet selepas menghabiskan £3,000 (RM17,000) dari bantuan kewangan berjumlah £8,500 (RM48,000) untuk melancong ke Athens, Istanbul, Dubai, Sri Lanka, Jakarta, Bali  dan juga Kuala Lumpur.
 
Bagaimanapun, Bird mempertahankan tindakan beliau bahawa terdapat ramai lagi penerima bantuan yang menyalahgunakan kemudahan tersebut.
 
"Saya bukan ibu tunggal yang akan menikmati segala kemudahan dan asyik makan dan tidak pernah meninggalkan rumah.
 
"Mereka (penerima bantuan) memilih untuk hanya membeli makanan dan gajet (menggunakan duit bantuan). Saya cuma memilih cara berbeza," tambahnya.