Monday, March 16, 2015

41 hakim Mesir dipaksa bersara


Reuters
Kaherah
Sebuah mahkamah disiplin Mesir mengarahkan 41 hakim dibersarakan secara paksa atas kesalahan menyokong Ikhwanul Muslimin.
Langkah itu adalah tindakan terbaru dikenakan ke atas kumpulan aktivis Islam berkenaan selepas ia diharamkan tidak lama dulu.
Kerajaan Mesir bertindak tegas untuk melumpuhkan penentang dari parti Islam dan juga sekular sejak ketua tentera yang kini presiden negara itu, Abdel Fattah al-Sisi menggulingan Presiden Mohamed Mursi pada Julai 2013.
Mahkamah Disiplin yang diketuai hakim Nabil Zaki tidak mengeluarkan kenyataan mengenai alasan tindakan itu.
Bagaimanapun, sumber kehakiman berkata, 31 daripada hakim terbabit dipaksa bersara kerana menandatangani kenyataan mengutuk penggulingan Mursi.
Sepuluh lagi hakim disingkirkan daripada jawatan masing-masing kerana menyertai kumpulan ‘Hakim untuk Mesir’ yang dilihat menyokong Ikhwan sebelum penggulingan Mursi.
Undang-Undang Mesir melarang hakim terbabit dalam politik. Bagaimanapun, pengkritik dan kumpulan hak asasi manusia berkata kerajaan tidak bertindak terhadap hakim yang secara terbuka menyokong kerajaan Abdel Fattah.
“Keputusan itu mengejutkan dan ia seolah-olah pembunuhan beramai-ramai hakim,” kata Ahmed El-Khatib, antara hakim yang dipaksa bersara.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37232#sthash.1z0wzJmY.dpuf

No comments:

Post a Comment