Monday, March 16, 2015

Punca Kanak-kanak 9 Tahun Terima Ganti Rugi RM2.78 Juta


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi RM2.78 juta kepada seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun sebagai ganti rugi dalam satu saman ke atas kerajaan, hospital dan 28 yang lain berhubung kecuaian perubatan kerana didakwa menyebabkan dia mengalami kerosakan otak. 


Peguam Manmohan S Dhillon yang mewakili Nurul Husna Muhammad Hafiz berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan wang itu dibayar kepada ibu bapa kanak-kanak itu Muhammad Hafiz Abd Wasit dan Dr Nor Azalina Mohd Songib yang bertindak sebagai pemegang amanah kanak-kanak itu. 


Mahkamah memberi ganti rugi wang sejumlah itu selepas mendengar testimoni tentang kuantum ganti rugi daripada ibu bapa dan tiga pakar perubatan, katanya kepada pemberita. Manmohan berkata, pada 3 September tahun lepas, kerajaan, hospital dan semua defendan mengaku bertanggungjawab atas kecuaian itu. Beliau berkata, RM2.78 juta itu adalah RM345,031.9 untuk ganti rugi khas, RM151,330 bagi ganti rugi praperbicaraan, RM350,000 bagi ganti rugi kesakitan dan penderitaan dan RM1,937,810 bagi ganti rugi masa depan.

No comments:

Post a Comment