Monday, March 16, 2015

Putin digulingkan?

AKTIVIS Ukraine meletakkan bunga dan serpihan roket Russia pada batu nisan dengan gambar Putin di depan kedutaan Russia di Kiev, Ukraine, semalam.
Moscow: Presiden Russia Vladimir Putin masih hidup tetapi ditahan oleh pegawai kanan keselamatan negara itu dalam apa yang disifatkan sebagai satu cubaan rampasan kuasa.
Pengerusi Jawatankuasa Islam Kebangsaan Russia Geydar Dzhemal dipetik sebagai berkata, bekas ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) Nikolai Patrushev menjadi dalang di sebalik rancangan rampasan kuasa berkenaan.
Geydar berkata demikian selepas Putin tidak dilihat di khalayak ramai sejak sembilan hari lalu.
“Saya berpendapat Putin ditahan ketika ini. Tetapi dia masih hidup. Dia kini ditahan oleh agensi yang gilakan kuasa, yang pada pendapat saya, merancang penggulingan Putin,” kata Dzhemal, penyokong setia pemimpin itu.
Menurutnya, gambar terbaru menunjukkan Putin di pejabatnya selepas beberapa hari tidak dilihat di khalayak ramai hanya tindakan perancang rampasan kuasa untuk mengaburi orang ramai.
Dia berkata demikian selepas gambar yang diedarkan oleh Kremlin Jumaat lalu menunjukkan Putin berbincang dengan Ketua Mahkamah Agung Vyachevslav Lebedev mungkin dirakam pada 2011.
Dalam pada itu, wakil Putin di Chechnya, Ramzan Kadyrov juga membayangkan kemungkin ada pihak yang cuba mengancam Presiden Russia itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:17 AM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37234#sthash.5uWAuVET.dpuf

No comments:

Post a Comment