Tuesday, April 7, 2015

Manusia paling tua meninggal dunia

Tokyo: Dinobatkan selaku manusia tertua di dunia, Misao Okawa yang sebelum ini menyifatkan umurnya begitu panjang kerana ‘makan makanan lazat’ serta cukup waktu tidur, meninggal pada usia 117, semalam.
Anak saudagar kain di Osaka, Misao dilahirkan pada 1898 pada tahun Amerika merampas kepulauan Hawaii dan minuman jenama Pepsi-Cola dilancarkan.
Dia juga berkongsi tarikh lahir dengan pemimpin revolusi China, Zhou Enlai.
Selepas menyambut ulang tahun kelahirannya 5 Mac lalu Misao beransur hilang selera makan dan meninggal dunia awal semalam dengan dikelilingi cucunya.
Misao mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness pada Jun 2013 apabila Jiroemon Kimura, juga dari Jepun, meninggal dunia pada usia 116 tahun 54 hari.
Kini, orang tertua di dunia adalah Gertrude Weaver dari Amerika Syarikat yang akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke 117 tahun pada 4 Julai ini. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 9:38 AM


Misao
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40901#sthash.zbFEav6s.dpuf

No comments:

Post a Comment