Tuesday, April 7, 2015

Semak kenaikan wang beli kereta kerajaan

Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengakui keputusan kerajaan untuk menaikkan jumlah wang pendahuluan bagi membeli kereta jabatan kerajaan tidak sesuai untuk dilakukan pada waktu ini.
Jokowi juga berjanji untuk menyemak semula keputusan berkenaan selepas menerima bantahan daripada orang ramai.
“Waktu ini bukanlah waktu yang baik kerana faktor ekonomi, keadilan dan penjimatan negara,” katanya.
Satu keputusan yang dibuat kerajaan baru-baru ini membolehkan jabatan kerajaan menikmati kemudahan wang pendahuluan membeli kereta berjumlah 210.89 juta rupiah (RM59,100).
Bagaimanapun, keputusan itu tidak memberitahu kereta apa yang boleh dibeli oleh mana-mana jabatan kerajaan.
Jokowi memberitahu biasanya perbelanjaan negara dibincangkan di peringkat kabinet sebelum diluluskan.
Namun, keputusan kali ini hanya dibincangkan dan dipertimbangkan di peringkat Menteri Kewangan.
“Saya akan menyemak semula keputusan itu dan menyiasat siapa yang mengusulkannya,” tegas Jokowi. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2015 @ 5:21 AM


JOKOWI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41773#sthash.FP8gQFzd.dpuf

No comments:

Post a Comment