ATHENS - GREECE . Lebih 61 peratus rakyat Greece mengundi ‘tidak’ untuk pakej penyelamatan yang ditawar pihak pemberi pinjaman antarabangsa.
Kiraan undi muktamad menunjukkan sekitar 61.3 peratus pengundi Greece menolak syarat-syarat tersebut, iaitu lebih tinggi berbanding ramalan tinjauan pendapat.
Ribuan penyokong kempen yang menolak syarat-syarat tersebut, meraikan keputusan pungutan suara itu di hadapan bangunan Parlimen di Athens lapor  AFP.
Perdana Menteri Alexis Tsipras mengucapkan terima kasih kepada rakyat Greece kerana apa yang beliau sifatkan sebagai pilihan berani mereka.
Sementara itu, ketua Eurogroup, Jeroen Dijsselbloem berkata keputusan pungutan suara itu adalah sesuatu yang amat dikesali bagi masa depan Greece.
Pemimpin zon Euro akan mengadakan satu sidang kemuncak hari ini untuk membincangkan situasi tersebut.
Manakala pemimpin Jerman dan Perancis yang berhubung melalui telefon berkata keinginan rakyat Greece mesti dihormati.
Parti Syriza yang mentadbir sebelum ini mendesak rakyat mengundi untuk menolak pakej penyelamatan yang ditawarkan negara pemiutang.
Ia bagaimanapun membuka kemungkinan, Greece tersingkir dari zon Euro.
Athens sebelum ini bertegas penolakan pakej penyelamatan akan meletakan mereka dalam kedudukan kukuh untuk berunding tawaran baharu bagi menyelamatkan ekonomi mereka.
Dengan keputusan ini, institusi bank Greece di jadual dibuka semula hari ini.