ATHENS - GREECE. Peletakan jawatan Menteri Kewangan Greece, Yanis Varoufakis hari ini mengejutkan ramai pihak walaupun majoriti rakyat negara tersebut mengundi untuk menolak Pakej Penyelamat yang ditawarkan pemiutang antarabangsa.
Menurut laporan CNN, Varoufakis mempunyai perbezaan pendapat dengan pelbagai pihak.
“Selepas keputusan referandum dikeluarkan, saya sedar sesetengah peserta kumpulan Eropah dan pelbagai pihak mahu saya ‘tidak hadir’ dalam mesyuarat,” kata Varoufakis kepada wartawan.
Varoufakis mengingatkan bahawa keputusan 60 peratus rakyat Greece menolak Pakej Penyelamat 'terpaksa dibayar dengan pengorbanan yang lebih besar'.
Kementerian Kewangan kemudian mengesahkan peletakan jawatan Varoufakis dalam satu kenyataan lain.
Difahamkan, Varoufakis merupakan seorang yang lantang bersuara dan tidak mahu mengikut norma konvensional ahli politik Eropah.
Beliau sering muncul di media dan lantang bersuara terhadap perunding dan kerajaan.