Monday, July 6, 2015

Najib pertimbangkan tindakan terhadap WSJ

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Siti Fatimah Hassan
Semenyih: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tuduhan disiarkan Wall Street Journal (WSJ) kononnya beliau 'songlap' atau mencuri wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah hampir AS$700 juta (RM2.65 bilion) sebagai tuduhan liar dan amat jahat.

Beliau berkata, sehubungan itu beliau sudah merujuk perkara berkenaan kepada peguam-peguamnya untuk menentukan bentuk tindakan termasuk undang-undang.

"Saya merujuk kepada tuduhan liar yang dibuat terhadap saya kononnya saya songlap atau curi AS$700 juta wang 1MDB dan masukkan ke dalam akaun peribadi.

"Saya sudah merujuk kepada peguam dan mereka akan beri nasihat apakah tindakan susulan dalam bentuk undang-undang yang boleh dibuat dalam dan luar negara.



"Insya-Allah, saya akan buat keputusan dalam beberapa hari apa tindakan selanjutnyayang akan diambil berhubung dakwaan cukup jahat ini," katanya pada sidang media di Masjid Bandar Rinching, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Sero Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.

WSJ melaporkan penyiasat Malaysia didakwa mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun peribadi Perdana Menteri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 8:29 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62263#sthash.dRNKGT1r.dpuf

No comments:

Post a Comment