Monday, July 6, 2015

Rafizi Dakwa 'Orang' Pemuda Umno Terlibat Skandal Hartanah Mara


Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 1:21 PM

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO), National Oversight and Whistleblowers (NOW) mempersoalkan tentang urusniaga pembelian hartanah keempat di Australia yang ditandatangani oleh dua individu yang didakwa tidak mempunyai kaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli berkata, dua individu yang terlibat dalam pembelian hartanah di 746 Swanston Street oleh syarikat milik penuh Mara Inc, Thrushcross Land Holdings Limited ialah Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid.
Menurut, persoalan kini timbul kerana kedua-dua individu tersebut mempunyai banyak kepentingan dengan pimpinan Pemuda Umno iaitu Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dan Exco Pemuda Umno Dazma Shah Daud.
"Mengikut maklumat rakan penyiasat di Australia, pembelian hartanah ini daripada pemilik sebelumnya ditandatangani oleh Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid iaitu individu yang tak ada kena mengena dengan Mara.
Kedua-dua mereka adalah rakan kongsi yang mempunyai banyak kepentingan perniagaan dengan pimpinan Umno, terutamanya Pemuda Umno," katanya pada sidang media di pejabat NOW di sini, Isnin.

No comments:

Post a Comment