Wednesday, August 12, 2015

China, Jepun bersaing kereta api laju Indonesia

Jakarta: Kerajaan Indonesia sedang mengkaji cadangan China dan Jepun untuk untuk membina landasan kereta api laju dan menjangka mengumumkan keputusan akhir bulan ini.
Menteri Perancang Pembangunan Kebangsaan Indonesia, Andrinof Chaniago, berkata bahawa keputusan mengenai cadangan itu akan dibuat dalam masa dua minggu.
Kereta api laju itu akan menyambungkan Jakarta dengan Bandung ialah sebahagian daripada projek kereta api laju sepanjang 750 kilometer Indonesia akan merentasi tiga wilayah di Pulau Jawa dan berakhir di Surabaya.
China dan Jepun melobi untuk mendapatkan projek berkenaan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 7:42 PM


Kereta api laju di pusat penyelenggaraan di Wuhan, China. - Foto Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69789#sthash.6OXu6Q3x.dpuf

No comments:

Post a Comment