Wednesday, August 12, 2015

Tiada halangan Najib masuk Johor


WARTAWAN SINAR HARIAN
FAKTA AUTA: Tiada halangan Najib masuk Johor

12 OGOS 2015
FAKTA AUTA: Tiada halangan Najib masuk Johor

AUTA

SULTAN Johor melarang Perdana Menteri menggunakan Lapangan Terbang Senai, untuk mendarat di Johor lantas pemimpin nombor satu negara itu terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Cangi Singapura sebelum menaiki kereta rasmi negara republik itu ke Pasir Gudang untuk merasmikan mesyuarat Umno di sana.

FAKTA

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Tun Faisal Aziz Ismail Aziz berkata, Perdana Menteri berlepas ke Singapura pada Sabtu sempena sambutan hari kebangsaan Singapura atas jemputan republik itu.

Kemudian pada hari Ahad Najib merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Pasir Gudang dengan menaiki kereta dari Singapura dan selepas majlis selesai beliau
kembali ke Singapura untuk program rasmi di sana.

Katanya, tidak timbul fitnah Sultan Johor menghalang Najib mendarat di Lapangan Terbang Senai kerana Najib dan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertemu serta berbual mesra di Singapura.

No comments:

Post a Comment