Thursday, January 7, 2016

Obama menangis




Obama kelihatan mengalirkan air mata ketika berucap di White House kelmarin.


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib kanak-kanak tidak berdosa yang menjadi korban insiden tembakan rambang di negara itu.
Kematian mereka mendorong beliau mengarahkan supaya undang-undang senjata api lebih ketat dilaksanakan di AS.
Pelaksanaan undang-undang itu dibuat secara unilateral tanpa kelulusan Kongres, manakala Obama turut menggesa pengundi supaya menolak calon wakil rakyat yang prosenjata api.
Obama menjelaskan, beliau sedar bahawa undang-undang senjata api di AS tidak akan berubah sepanjang baki penggal pentadbira­nnya.

GAMBAR fail menunjukkan ibu bapa seorang mangsa tembakan rambang di Sekolah Rendah Sandy Hook, hiba ketika menghadiri sidang akhbar di Connecticut pada Januari 2013.- AGENSI


Namun, Presiden AS itu berjanji akan melakukan segala yang terdaya untuk menjadikan isu kawalan senjata sebagai agenda utama menjelang pilihan raya Presiden AS pada November ini bagi mencari penggantinya.
Dalam ucapan penuh emosi di White House, Obama berkata, hak perlembagaan rakyat AS untuk memiliki senjata api perlu diimbangi hak untuk menjalani kehidupan dan berhimpun dengan aman. Turut hadir mendengar ucapan Obama termasuk waris mangsa yang terbunuh dalam insiden tembakan rambang itu.

GAMBAR 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa yang mati dalam kejadian amuk senjata api di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut pada 2012.- AGENSI


Obama kerap berkata, beliau sukar untuk menerima kenyataan bahawa 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa maut dalam kejadian amuk senjata api di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut pada 2012.
“Setiap kali saya mengenangkan nasib kanak-kanak ini, saya jadi marah," kata Obama sambil mengesat air matanya.
Selepas tragedi itu, Presiden AS daripada Parti Demokrat itu masih gagal untuk mendesak Kongres supaya mengetatkan undang-undang senjata api.
Beliau turut menyalahkan sebilangan wakil rakyat kerana menjadi boneka kumpulan pelobi berpengaruh di AS, Persatuan Raifal Kebangsaan. – REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3wVCDDLnW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment