Tuesday, June 5, 2012

Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama |

 Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama |

1) Tempat Tragedi

Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

2) Mangsa Korban

- Mengorbankan 114 orang awam.
- Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
- Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.

(Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui).

3) Kronolgi Ringkas :

- Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim. 

- Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.

- Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.

- Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.

- Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.

- Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.

- Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah). 

4) Pihak yang bertanggungjawab

- Pihak tentera rejim Syria.'
- Syabih (Tali barut Basyar).

Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria.

Ismail Gha'ani mengakui bahawa tentera Iran juga bersama-sama dengan rejim Basyar di Syria

Tehran : Seorang Komander Revolusi Iran yang juga merupakan wakil Ketua Angkatan Tentera Darat Iran, Ismail Gha'ani mengakui bahawa tentera Iran juga bersama-sama dengan rejim Basyar di Syria.

Dia menyatakan perkara tersebut dalam satu wawancara bersama akhbar Isna hari ini (29 Mei 2012). Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut telah dipadamkan tidak lama selepas daripada itu daripada laman Isna.

Sementara itu, seorang Pemerhati Politik Timur Tengah, Meir Javedanfar menyebut bahawa kenyataan berani itu merupakan kali pertama sejak berlakunya revolusi. 

Beliau juga mengatakan bahawa itu menunjukkan kebimbangan Iran jika sekiranya rejim Basyar dijatuhkan suatu ketika nanti.

halau Diplomat Syria

Sebelum ini sudah beberapa negara Arab telah melakukan protes kepada rejim Basyar dengan menghalau Diplomat Syria di negara mereka. 

Dan hari ini, negara Perancis, Jerman, Itali, Britain, Australia dan Kanada melakukan perkara yang sama dengan menghalau Diplomat Syria di negara masing-masing.

Mereka mengambil keputusan tersebut sebagai protes terhadap tragedi penyembelihan di Haulah beberapa hari yang lalu.

(Sumber al-Jazeera)

Maklumat tambahan : Di Malaysia pula, satu gabungan NGO bersama pelajar Syria di Malaysia telah menggerakkan usaha untuk menghalau diplomat Syria di Malaysia. Petition ini akan diserahkan kepada Wisma Putra.

Menurut mereka, Duta Syria banyak membawa masalah kepada pelajar Syria dan banyak mempengaruhi kerajaan Malaysia dalam menyokong kezaliman yang berlaku di Syria.

Untuk sokongan kepada mereka, sila tekan pautan petition berikut: 

http://www.causes.com/causes/766982-expel-the-syrian-ambassador-out-of-malaysia

Pentingnya Islam (Ahlul Sunnah wal Jamaah) menguasai politik dan pemerintah sesuatu negar

Dalam kita menangisi dan mengutuk kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria, banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar daripada krisis ini.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil daripada krisis yang berlaku di Syria sekarang adalah:

1) Pentingnya Islam (Ahlul Sunnah wal Jamaah) menguasai politik dan pemerintah sesuatu negara. Hal ini kerana, dalam sejarah Syria, selepas daripada penjajah Perancis keluar daripada Syria pada 17 April 1946, mereka telah memberikan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Syiah Nusairi yang merupakan minoriti di Syria.

Hal ini menyebabkan Sunni di Syria yang merupakan golongan majoriti ditindas dan dizalimi sejak sekian lamanya.

2) Bahayanya Syiah kepada keamanan sesebuah negara dan pemerintahan Islam. Jika dilihat, penyembelihan demi penyembelihan yang berlaku di Syria adalah kerana rejim Basyar (Syiah Nusairi) menganggap bahawa Sunni yang mereka gelar sebagai golongan nasibi adalah halal darah untuk dibunuh.

Dalam sejarah Khilafah Turki Uthmaniyah juga, Syiah Nusairi pernah melakukan pakatan dengan musuh untuk menggulingkan sultan dalam Khilafah Turki Uthmaniyah. Perkara ini disebut oleh Syeikh Ali As-Solaby dalam kitabnya Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah.

3) Betapa pentingnya para ulama' memimpin kebangkitan rakyat. Di Syria jelas menunjukkan pentingnya para ulama' bersama-sama menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat. 

Antara ulama' haq yang bersama-sama rakyat ialah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Kurayyim Rajih, Syeikh Ali As-Sobuni, Syeikh Jamaluddin Sairawan, Syeikh Sariyah Ar-Rifaie, Syeikh Ahmad Muhammad Najib dan ribuan lagi ulama' ummah yang jelas menaikkan semangat jihad rakyat Syria berhadapan dengan rejim Basyar.

Dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil agar ia tidak lagi berulang. Tidak cukup kita hanya menangisi tetapi ambillah pengarajan ini, semoga kita dipelihara oleh Allah s.w.t..

Teruskan berdoa untuk rakyat Syria dan negara umat Islam keseluruhannya. Insya-Allah kemenangan pasti akan tiba jua suatu ketika nanti.

dua orang pemimpin yang bertanggungjawab di atas pencabulan maruah dan penyembelihan yang berlaku ke atas umat Islam di Syria.

Negara Jepun juga telah mengikuti jejak beberapa negara Barat dan juga Arab dengan menghalau Diplomat Syria di Tokyo. Perkara tersebut diambil sebagai tanda protes terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar.

Dan gambar ini menunjukkan dua orang pemimpin yang bertanggungjawab di atas pencabulan maruah dan penyembelihan yang berlaku ke atas umat Islam di Syria.

semoga Allah memelihara rakyat Syria dan meghancurkan tentera rejim Basyar

Homs, Syria : Setelah rejim Basyar melakukan penyembelihan besar-besaran Jumaat yang lalu di Haulah, hari ini mereka kembali mengganas di Homs.

Menurut Anggota Dewan Revolusi Syria, Walid Faris, rejim Basyar kembali mengebom dan mengepung bandar Haulah. Mereka juga mengebom bandar Talidu dan menangkap puluhan masyarakat yang tidak bersalah.

Kampung Jaubar dan Kafr Aya juga telah dikepung oleh hampir 2 500 tentera rejim Basyar. Menurut sumber lagi, sepanjang semalam, Isnin hingga pagi Selasa hari ini, gerombolan tentera rejim telah dikerah untuk ke Homs dan mengepung hampir keseluruhan bandar-bandar utama di Homs.

Sehingga kini, puluhan masyarakat awam telah gugur syahid dibom oleh tentera rejim Basyar dari jarak jauh.

Teruskan doa kita, semoga Allah memelihara rakyat Syria dan meghancurkan tentera rejim Basyar.

kenapa Basyar semakin berani membunuh dan menyembelih rakyatnya

Kepada yang masih ragu-ragu kenapa Basyar semakin berani membunuh dan menyembelih rakyatnya walaupun dikecam hebat oleh dunia. Dalam masa yang sama Basyar juga tidak pernah keluar di kaca TV bercakap soal ini. Kenapa?

Jawapannya :

Basyar menjadi berani kerana dibelakangnya terdapat kuasa-kuasa tentera membantu dan memberi sokongan kepadanya seperti :

i) Iran : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=394712830569893&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=379672275407282&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=331676926873484&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=349045308469979&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344694462238397&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

ii) Rusia : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=392849217422921&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=351928428181667&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

iii) Hizbullah : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=340852995955877&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

iv) Israel : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=386351451406031&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

v) Syiah Iraq : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=356152951092548&set=a.308919245815919.66818.308664102508100&type=3

Ini baru sebahagian daripada pendedahan yang telah dilakukan oleh kami. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah daripada fitnah akhir zaman ini dan teruskan berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada rakyat Syria. Insya-Allah.

KEKELIRUAN


KEKELIRUAN : Pihak admin menerima aduan bahawa kini tersebar di internet web atau laman Facebook bagi menggambarkan penyembelihan yang berlaku di Syria bukan didalangi oleh Basyar atau kerajaannya tetapi dirancang oleh Mossad Israel atau agen Amerika. 

Kekeliruan yang maha hebat ini kerana mereka membaca keadaan politik di Syria bahawa Basyar dikhianati kerana sikapnya yang kononnya pro-Iran dan anti-Amerika dan Israel. Pihak ini juga mengklasifikasikan Syria berada dalam satu blok dengan negara Iran dan kumpulan Hizbullah di Selatan Lubnan yang kononnya sebagai ancaman buat Israel dan Amerika selepas tercetusnya Revolusi Iran 1979.

Awas!!!! Anda jangan tertipu dengan bacaan yang dibuat oleh Amerika dan Israel bagi mengelirukan anda. Sekarang sudah terdedah sedikit demi sedikit siapa rejim Syria sebenarnya. Mereka bukan sahaja anti-rakyat tetapi anti-Islam dan ingkar kepada hukum hakam agama Islam.

Baca dan kaji sejarah Syria sewaktu era Hafeezz Al-Asad (bapa Basyar) yang kononnya berperang dengan Israel yang akhirnya tentera Israel berjaya menawan Bukit Golan tanpa setitik darah pun dari kalangan tentera Israel yang gugur. Anda akan ketahui bahawa kebencian Hafeezz dan rejimnya kepada Islam sama seperti Yahudi dan Amerika membenci Islam. 

Nasihat pihak admin, agar maklumat yang diambil WAJIB dan mesti ditapis terlebih dahulu. Pastikan ia benar-benar sumber yang boleh dipercayai. 

Mahukan lebih tepat, sila rujuk Ikatan Ulama' Syria atau Kesatuan Ulama' Islam Sedunia kerana ia adalah sumber yang boleh dipercayai dan mereka didokong oleh golongan ulama' yang takut kepada Allah.

Ia juga merupakan sumber yang kami rujuk selama ini.

GEMPAR!!!

GEMPAR!!!

Salinan penuh PERJANJIAN dan SENARAI TANAH TANAH YANG TERLIBAT menunjukkan sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, antaranya adalah TANAH TANAH YANG DIWARTAKAN SEBAGAI REZAB MELAYU di seluruh negara berskala 105,382 ekar semuanya. Akan didedahkan KHAMIS INI sementara menunggu DS Hj Najib Dam Dam mengumumkan Prospektus Lengkap IPO FGVH.

Klik sini http://bit.ly/K589O3 SIRI KEDUA PENDEDAHAN TENTANG DISEBALIK FGVH

Cubaan UMNO-BN menubuhkan team HACKERS dari peringkat belia belia DIBONGKAR!!!


Cubaan UMNO-BN menubuhkan team HACKERS dari peringkat belia belia DIBONGKAR!!!

Klik sini lah ----> http://goo.gl/w79TI korang baca sendiri, ni baru intro..
 

Dipukul 7 orang polis


Media Memainkan Peranan penting
 

Pendedahan dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh!

Pendedahan dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh!
BUKTI WARGA BANGLADESH DIBERI HAK MENGUNDI OLEH UMNO BN!
Sila baca teks dalam rangka merah di gambar

Ini Dia Bukti Kroni DIdahulukan.

TRANFORMASI NAJIB BERJAYA

300 RIBU KERUSI SAMBUT NAJIB DI KUANTAN PAHANG!
TRANFORMASI NAJIB BERJAYA MEMBAWA RAKYAT BERSAMA BELIAU! TAHNIAH PADA BARISAN NASIONAL! GUA PASTI PAKATAN RAKYAT AKAN GULUNG...

Pendedahan PKR mengenai keahlian Pengerusi SPR...


Pendedahan PKR mengenai keahlian Pengerusi SPR... telah dinafikan oleh seorang ahli UMNO dengan memberi contoh kad pengenalannya... kita bandingkan no IC mamat ini dengan pendedahan PKR sama atau tidak...

Pendedahan PKR :
Pengerusi SPR: Abdul Aziz Mohd Yusof, No KP 500124105279, No Keahlian Umno 113804, Kod Cawangan 09920036 (Sri Ampang Baru).

Ahli UMNO yang kononnya sama nama dengan Pengerusi SPR lihat gambar ini :-
 

Pengerusi Genting, banyak kitab-kitab yang dah dipelajari oleh Rahim Noor disana

Hai 1 ringgit 2 ringgit 3 ringgit 4 ringgit limaaaaaaaa ringgit.. Hangus

fitnah umno


Pemilik Restoren Do Re Mi Johar Ismail mendapat Pampasan sebanyak RM20 ribu dan mintak maaf pada lim guan eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah meluluskan 3.5 ekar tanah utk kompleks baru 7 tingkat ibu pejabat mahkamah syariah negeri,di jalan batu gantung/jalan scotland,daerah timur laut,tanah dianggarkan bernilai rm 36.5 juta
 

Nama2 Pengundi yg wujud kat Malaysia.. pelik tak pelik kenyataan akhbar The star

Ini orangnya yang menghina tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Ini orangnya yang menghina tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dgn mengata Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajjal http://www.youtube.com/watch?v=XMvkU9Cmk5g&feature=share, pengkagum mahathir dan geng mat said, eh! eh!, bendera mende blakang tu hehehe
 

Kami sentiasa bersama rakyat Syria menjatuhkan rejim Basyar yang zalim.

Berikut adalah antara kenyataan penting yang diucapkan oleh Dr Muhammad Morsy apabila ditanya berkenaan isu yang berlaku di Syria. Beliau merupakan calon Presiden Mesir daripada Ikhwan Muslimin. 

Antara kenyataan beliau ialah :

1) Kami sentiasa bersama rakyat Syria menjatuhkan rejim Basyar yang zalim.
2) Kami menentang sekeras-kerasnya segala kezaliman yang telah dilakukan oleh rejim Basyar.
3) Aku memberi amaran kepada Iran agar mengubah pendirian mereka yang menyokong rejim Basyar membunuh dan menyembelih rakyat Syria.
4) Kami akan menolong rakyat Syria setakat yang kami mampu.
5) Kami amat yakin bahawa rejim Basyar pasti akan jatuh dan rakyat Syria pasti akan mendapat kemenangan.

Dr Morsy yang merupakan calon pro-rakyat akan bertanding dalam pilihanraya Presiden Mesir ulangan pada 16 dan 17 Jun ini setelah menang pada pilihanraya pusingan yang pertama baru-baru ini. 

Dalam pilihanraya ulangan nanti, beliau dijangka bertemu dengan calon bekas rejim Mubarak, Ahmed Syafiq. Selain kita mendoakan kemenangan rakyat Syria, doakan juga kejayaan beliau dalam pilihanraya nanti. Insya-Allah.

tuntutan ROYALTI Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan


Alhamdulillah Tuanku Sultan Muhammad V berkenan menurunkan tandatangan baginda sebagai sokongan dalam usaha tuntutan ROYALTI, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan. Tok Guru Nik Abdul Aziz juga diminta oleh Tuanku menurunkan tandatangan disebelah tandatangan Tuanku. ALLAHUAKBAR!!!
 

najib kawan dengan yahudi

jasa UMNO pada raja2 melayu.. mari kita baca tengok...

PRU: 'Hidup mati' tanda BN sudah goyah, rumus Pakatan

PRU: 'Hidup mati' tanda BN sudah goyah, rumus Pakatan - Politik - Sinar Harian:

Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) penentu hidup mati Barisan Nasional (BN) dengan sendirinya menggambarkan ia semakin kurang sokongan dan peluang untuk mendapatkan semula negeri-negeri di bawah perikatan itu agak mustahil.

Naib Presiden Pas,  Salahuddin Ayub menyifatkan rakyat kini lebih pandai menilai pihak yang dapat menawarkan kerajaan yang lebih baik dalam memperjuangkan hak rakyat.

"Golongan muda pada masa sekarang sudah pun berfikiran matang dan terbuka untuk memilih pemimpin yang boleh perjuangkan hak rakyat walaupun ada segelintir masih lagi dalam pemikiran lama.

"Hal ini boleh dilihat dengan penglibatan golongan muda kepada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya  yang diadakan baru-baru ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Sinar Harian.

Beliau baru-baru ini mengumumkan akan bertanding di Johor dalam misi PR bertapak di negeri selatan Semenanjung itu.

Kelmarin, Muhyiddin berkata PRU13 adalah penentu hidup atau mati BN.

Sehubungan itu, tegas Timbalan Perdana Menteri, setiap anggota jentera parti itu perlu memberi keutamaan kepada setiap kerusi yang ditandingi pada pilihan raya tersebut.

"Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita," katanya di ibu negara.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan berkata, apa yang boleh membahayakan parti itu ialah apabila anggotanya terlalu yakin mampu memenangi pilihan raya dengan mudah.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, hidup mati BN adalah bergantung kepada Umno semata-mata kerana dua komponen BN, MIC dan MCA sudah lama hilang kuasa dan sokongan rakyat.

"Parti kompenan BN, sudah makin lemah dengan kurangnya sokongan rakyat kepada parti MIC dan MCA.

"Sekarang Umno dilihat jadi penggerak utama kepada BN dan usaha untuk mendapatkan semula kerusi dilihat makin sukar tanpa sokongan yang kuat terhadap dua parti kompenan BN yang lain," kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu,  Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, menunjukkan mereka masih belum yakin untuk menghadapi PRU13.

"Kita masih belum tahu siapa pemerintah kelak, kenyataan BN adalah kenyataan biasa dan mereka mungkin masih tidak yakin untuk itu," kata Seng Giaw.

'via Blog this'

Nik Aziz dakwa BN dalam bahaya kerana salah akidah

Nik Aziz dakwa BN dalam bahaya kerana salah akidah - Politik - Sinar Harian:

Nik Aziz dakwa BN dalam bahaya kerana salah akidah
Nik Abdul Aziz mengimamkan solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno dan Barisan nasional (BN) kini berada dalam zon bahaya kerana mereka mengamalkan akidah yang salah.

Beliau berkata, BN mengamalkan sistem pemerintah yang tidak berlandaskan hukum Islam dan tidak mustahil mereka akan menerima kesan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

“Akhirnya mereka (BN) mengakui, mereka berada di dalam zon bahaya, kerana menolak Islam dan mengutamakan sistem kebangsaan yang digunakan oleh pihak Inggeris,” katanya, selepas solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian, bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan BN kini berada dalam zon bahaya.

Namun katanya, jika Umno dan BN mengikuti akidah seperti Nabi Muhammad SAW, pasti mereka tidak akan berada di dalam zon bahaya seperti sekarang.

Muhyiddin meluahkan rasa kecewa terhadap sebahagian daripada ahli BN yang mengamalkan politik wang sehingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada parti komponen itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno berkata, politik wang sebelum ini, hanya berlaku ketika proses pemilihan di peringkat tertinggi, namun ketika ini ia sudah menular sehingga di peringkat cawangan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz enggan mengulas mengenai kesudian anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mahu bertanding dalam PRU13.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan akan menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Nik Abduh, di masa yang sesuai.

Dalam kenyataan hujung minggu lalu, Nik Abduh berkata beliau menunggu restu daripada ayahnya sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon.

Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno.

'via Blog this'

Pelajar UiTM Khalid dibicara Jumaat ini

Pelajar UiTM Khalid dibicara Jumaat ini - Nasional - Sinar Harian:

Pelajar UiTM Khalid dijangka bebas hari ini
Khalid Ismath
SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

“Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian bagi mencari ketenangan ekoran kontroversi dilaluinya.

'via Blog this'

Sri Wani saman peguam suami RM10 juta

Sri Wani saman peguam suami RM10 juta:

Sri Wani Choo Abdullah menfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Muhammad Hafiz Abdul Rasid yang mewakili suaminya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 4 Jun - Pengusaha pusat kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap peguam syarie, Muhammad Hafiz Abdul Rasid yang mewakili suaminya dalam kes pengesahan nikah dan faraq (menjarakkan perkahwinan).
Sri Wani, 37, yang berbaju kurung ungu hadir ditemani peguam, Ahmad Izuddin Fakhrullah, memfailkan saman tersebut kira-kira pukul 1.53 petang melalui firma guaman Tetuan Boestaman Ahmad & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.
Kes pengesahan nikah dan faraq tersebut masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

'via Blog this'

Suri rumah rayu simpati orang ramai bantu anak jantung berlubang

Suri rumah rayu simpati orang ramai bantu anak jantung berlubang:


Mansor Abd. Rahman (dua dari kiri) memeriksa keadaan Adiruth Ai Khim sambil diperhatikan oleh Boon Som Inong (kiri) dan Kanya Anant di Sik, Kedah, semalam.
SIK 3 Jun - Seorang suri rumah, Kanya Anant, merayu simpati orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membolehkan bayi lelakinya, Adiruth Ai Khim, berusia lapan bulan menjalani pembedahan jantung berlubang yang dialaminya sejak lahir.
Kanya, 28, dari Kampung Kubang Kesom di sini berkata, dia terpaksa menagih simpati orang ramai untuk mencari sumber kewangan bagi merawat penyakit anak tunggalnya itu.
Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar kos pembedahan itu sehingga kini belum diketahui kerana masih menunggu maklumat lanjut daripada pakar perubatan.
Menurutnya, pada masa sama, anaknya itu perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.
"Menurut doktor, kos pembedahan anak saya dianggarkan melebihi RM40,000, tetapi jumlah sebenar masih belum diputuskan.
"Saya kini bimbang kerana keadaannya menjadi lemah dan disarankan pakar agar membuat pembedahan segera. Namun, saya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu dan berharap orang ramai dapat menghulurkan bantuan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas dikunjungi Ahli Dewan Negara mewakili masyarakat Siam, Senator Datuk Boon Som Inong di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sik, Dr. Mansor Abd. Rahman.
Menurut Kanya, penyakit anaknya itu mula dikesan sejak dilahirkan setelah sering mengalami lelah dan denyutan jantung agak luar biasa.
Pada mulanya, katanya, dia tidak menyangka masalah kesihatan itu merupakan petanda awal Adiruth menghidap penyakit jantung berlubang sehinggalah anak lelakinya itu dibawa ke Hospital Sik sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
"Selain menjalani pemeriksaan bulanan di Hospital Sik, saya terpaksa berulang alik ke HSB dan Pulau Pinang," katanya.
Kanya memberitahu, pada masa ini, dia terpaksa menanggung kos rawatan anaknya itu dengan bergantung kepada suaminya, Ai Khim Ai Tim, 30, yang bekerja sebagai penoreh getah.
"Dengan pendapatan bersih seisi keluarga sekitar RM1,500 sebulan, kami khuatir tidak mampu menyediakan wang banyak untuk pembedahan kelak," katanya.
Sehubugan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berkunjung ke rumah Kanya di alamat Kampung Kubang Kesom (Chanhom), Mukim Sok, Sik, Kedah atau menghubunginya menerusi 012-9751019.
Sumbangan juga boleh dimasukkan terus ke dalam akaun Public Bank Berhad milik ibu saudara Kanya (Ethin Hem) yang bernombor 4-8497817-04.
Sementara itu, Boon Som berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan dan pihak berwajib lain untuk menghulurkan bantuan.
"Saya akan cuba mendapatkan peruntukan daripada kementerian berkenaan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga ini," ujarnya.
Mansor pula berkata, bayi tersebut disyorkan menjalani pembedahan segera bagi mengelakkan komplikasi teruk.

'via Blog this'

Nafi kenyataan menteri dan penganjur : Mangsa langgar kereta dakwa tak dengar pengumuman

Nafi kenyataan menteri dan penganjur : Mangsa langgar kereta dakwa tak dengar pengumuman

PUTRAJAYA: “Limpa Fairuz hancur habis kena buang. Makcik hiba lihat anak kami terlantar kesakitan macam ini. Kami tak mampu nak tanggung segala perubatannya.”

Demikian rintihan ibu salah seorang 17 mangsa yang cedera selepas dilanggar kereta ketika menonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, pada Sabtu lalu.

Hamidah Zainal Abidin, 51, yang bekerja sebagai guru tadika di Rembau hanya mampu menitiskan air mata tatkala ditanya mengenai perkembangan anaknya itu.

Fairuz yang disahkan doktor cedera parah di bahagian limpa membuat pembedahan petang semalam untuk membuang organ tersebut yang hancur.

Menurut Hamidah, beliau dihubungi tunang Fairuz dan memaklumkan kejadian malang yang menimpa anaknya itu.
Fairuz yang dijadualkan akan berkahwin pada Februari tahun depan kini stabil dan mendapat rawatan rapi di wad ICU sejak malam kejadian tersebut.

Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini bekerja sebagai seorang pemandu dan menurut Hamidah pihak penganjur perlu bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa anaknya itu.

“Penganjur ada datang tapi tiada jaminan yang diberi. Malah mereka salahkan budak-budak ini kerana duduk dekat dengan kawasan lumba itu, seperti yang saya baca di akhbar.

“Saya dapat tahu anak saya cedera jam 1.00 pagi. Dimaklumkan kejadian berkenaan berlaku jam 11.30 malam. Fairuz datang dengan tujuh rakannya yang lain, malangnya enam jadi mangsa dan sekarang alami kecederaan.

“Penganjur perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Budak-budak ini kata tiada pengumuman oleh pihak berkenaan dan tahap keselamatan juga terabai,” katanya kepada FMT.

Pada kejadian tengah malam Sabtu lalu, kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut hilang kawalan dan terbabas menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Laporan polis oleh mangsa

Sementara itu, seorang lagi mangsa Muhamad Aidil Azman, 19, berkongsi detik-detik cemas itu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan ekoran lutut kanannya mengalami darah beku.

Menurut Muhamad Aidil, beliau yang tiba agak lewat hanya menonton perlumbaan di benteng pokok, malah mendakwa 22 orang turut mengalami kecederaan.

“Saya tak dengar ada sebarang pengumuman oleh penganjur dan saya duduk di benteng pokok. Saya sedar kereta itu datang dan tak sedar apa yang jadi,” katanya.

Dalam pada itu, tiga laporan polis turut dibuat oleh mangsa termasuklah Muhamad Aidil.

Seorang lagi mangsa, Mohd Nor Faiz Sakariah, 24, membuat laporan polis berhubung kehilangan kamera yang didakwa diambil oleh pihak penganjur.

Laporan sama turut dibuat oleh sepupu beliau, Mohd Aidiel Aiezad Ashari, 24 mengenai kehilangan kamera tersebut.

Semua mangsa yang ditemui mendakwa pihak penganjur, Motorsport MUSC gagal membuat pengumuman untuk berundur daripada kawasan berkenaan, malah aspek keselamatan turut dipandang ringan.

Aspek keselamatan terabai

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut melawat mangsa awal pagi ini menggesa siasatan menyeluruh dibuat ke atas penganjur kerana gagal menitik beratkan aspek keselamatan.

Ujar beliau, aspek keselamatan tidak boleh dikompromi dan tidak mahu perkara seperti ini berulang pada masa akan datang.

Naib Presiden PKR, N Surendran pula berkata parti menawarkan khidmat guaman kepada para mangsa serta mendakwa penganjur bersalah dari sudut undang-undang kerana gagal mengambil berat aspek keselamatan umum.

Katanya, mangsa tidak patut dipersalahkan dalam hal ini.

Akhbar Umno pertikai/kritik/perli Sultan Johor bida/beli no.plat RM setengah juta, langsung penganut rasis Umno xpandang...buat2 pekak tuli..nampak sgt depa emosi pun sebab politik..heh..

[HOT] Akhbar Umno (Kosmo!) pertikai/kritik/perli Sultan Johor bida/beli no.plat RM setengah juta, langsung penganut rasis Umno xpandang...buat2 pekak tuli..nampak sgt depa emosi pun sebab politik..heh.. 

p/s: Reaksi 'pedih' Dr. Asri ttg isu yang sama, tapi pentaksub Umno buat tak tahu..klik >> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=225065390943716&set=a.122906284492961.22533.122902317826691&type=1&theater

Umno hina/pertikai/bantah institusi sultan dan raja..

[KOLEKSI 1] Umno hina/pertikai/bantah institusi sultan dan raja..Sayangnya, zaman tu internet belum ada..maka ramailah orang Melayu yg diperbodohkan dgn perjuangan 'plastik' umno, kononnya memperjuangkan Melayu dan Raja....sila sebarkan!

* Rujuk KOLEKSI 2 di sini >> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=225484634235125&set=a.122906284492961.22533.122902317826691&type=1

UMNO tunggu masa

wanted

MENGUNDI UNTUK PERUBAHAN....MARINA MAHATHIR

KERANA ARTIKEL YANG MENGAJAK RAKYAT MENGUNDI UNTUK PERUBAHAN....MARINA MAHATHIR TELAH KENA PANCUNG DARI MENULIS DIKOLUM YANG DIKHASKAN DI AKHBAR THE STAR!!!!!

Vote Wisely
Vote with care
Vote for change and betterment.