Tuesday, June 5, 2012

Pentingnya Islam (Ahlul Sunnah wal Jamaah) menguasai politik dan pemerintah sesuatu negar

Dalam kita menangisi dan mengutuk kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria, banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar daripada krisis ini.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil daripada krisis yang berlaku di Syria sekarang adalah:

1) Pentingnya Islam (Ahlul Sunnah wal Jamaah) menguasai politik dan pemerintah sesuatu negara. Hal ini kerana, dalam sejarah Syria, selepas daripada penjajah Perancis keluar daripada Syria pada 17 April 1946, mereka telah memberikan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Syiah Nusairi yang merupakan minoriti di Syria.

Hal ini menyebabkan Sunni di Syria yang merupakan golongan majoriti ditindas dan dizalimi sejak sekian lamanya.

2) Bahayanya Syiah kepada keamanan sesebuah negara dan pemerintahan Islam. Jika dilihat, penyembelihan demi penyembelihan yang berlaku di Syria adalah kerana rejim Basyar (Syiah Nusairi) menganggap bahawa Sunni yang mereka gelar sebagai golongan nasibi adalah halal darah untuk dibunuh.

Dalam sejarah Khilafah Turki Uthmaniyah juga, Syiah Nusairi pernah melakukan pakatan dengan musuh untuk menggulingkan sultan dalam Khilafah Turki Uthmaniyah. Perkara ini disebut oleh Syeikh Ali As-Solaby dalam kitabnya Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah.

3) Betapa pentingnya para ulama' memimpin kebangkitan rakyat. Di Syria jelas menunjukkan pentingnya para ulama' bersama-sama menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat. 

Antara ulama' haq yang bersama-sama rakyat ialah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Kurayyim Rajih, Syeikh Ali As-Sobuni, Syeikh Jamaluddin Sairawan, Syeikh Sariyah Ar-Rifaie, Syeikh Ahmad Muhammad Najib dan ribuan lagi ulama' ummah yang jelas menaikkan semangat jihad rakyat Syria berhadapan dengan rejim Basyar.

Dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil agar ia tidak lagi berulang. Tidak cukup kita hanya menangisi tetapi ambillah pengarajan ini, semoga kita dipelihara oleh Allah s.w.t..

Teruskan berdoa untuk rakyat Syria dan negara umat Islam keseluruhannya. Insya-Allah kemenangan pasti akan tiba jua suatu ketika nanti.

No comments:

Post a Comment