
Thursday, March 14, 2013
Orang-orang Melayu dikatakan Cina. Orang-orang keturunan Cina dikatakan Melayu
Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.
Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.
Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 20113.
Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.
Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.
Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina
“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.
Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
*Baca & cuba fahamkan. 1 pihak "salah perhitungan", 1 pihak "ambik kesempatan" & 1 pihak lagi "jadi kambing hitam".
1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..!
Datuk Seri Wan Azizah: Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah
Datuk Seri Wan Azizah: Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memanjat kesyukuran berikutan bapa Saiful Bukhari, akhirnya membuat pengakuan bahawa anaknya, dipergunakan dalam Fitnah II yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan ia sebagai anugerah Ilahi, Presiden KEADILAN itu menganggap pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas suaminya.
“Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka.
“Allah bagi. Kita pun terkejut juga, kita tidak ada usaha cari tapi ini memanglah. Hanya Allah yang dapat gerakkan hati manusia,” katanya kepadaKeadilan Daily.
Walaupun pengakuan itu lambat, Wan Azizah yakin tindakan bapa Saiful itu sedikit sebanyak mampu mengubat keaiban yang dihadapi beliau sekeluarga.
“Tidak akan terlambat kerana selagi ada masa, kalau kita dengan Allah atau sesiapa pun tidak terlambat untuk bertaubat, beristigfar mencari keredhaan-Nya.
“Mungkin dulu ayahnya tidak mengetahui. Mungkin (sangka) anaknya jadi mangsa. Dulu mungkin rasa membela (Saiful Bukhari) tapi sekarang baru tahu. Jadi beliau buat sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab.
“Saya kira, Alhamdulillah. Kalaulah ini dapat buka hati ramai lagi melihat kebenaran. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah,” katanya yang tidak lekang dari ucapan syukur kepada Yang Maha Esa.
Beliau turut berkongsi perasaan anak-anaknya yang lega dengan pengakuan bapa Saiful.
“Anak-anak pun kata begitu. Sebab mereka tahu, mereka lebih muda daripada saya, jadi perasaan muda itu adalah marah dan berdendam kerana bapa mereka diperlaku sebegitu, diaibkan.
“Mereka lebih agresif mengatakan patutnya (pengakuan itu dibuat) dari dulu lagi,” katanya yang sedih mengenang ujian yang terpaksa dilalui anak-anaknya.
Tahlil Perdana di Xpresi Ulama Muda Haraki buat Arwah Perajurit yang Terkorban di Lahad Datu.

Insyaallah pihak penganjur Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 yang akan berlangsung pada 16 Mac 2013 di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol juga akan mengadakan Tahlil Perdana buat arwah para perajurit negara yang terkorban dalam jihad mempertahankan tanah air. Semoga ruh para pejuang itu dirahmati oleh Allah swt dan dikurniakan pahala syahid di sisiNya.
Tahlil perdana ini akan dipimpin oleh Al Fadhil Sohibus Samahah Tuan Guru Hj Salleh SIK Kedah selepas solat maghrib di tapak Xpresi Ulama Muda Haraki insyaallah.
HOT ! Mai Tengok Goyang Mahathir.

HOT ! Mai Tengok Goyang Mahathir.....lagi sini===>http://pkrl.blogspot.com/
PANAS ! ADIK PM SABOTAJ APA PULAK NIE..?

PANAS ! ADIK PM SABOTAJ APA PULAK NIE..?....lagi berita sini==>http://pkrl.blogspot.com/
HOT ! Siapa Saksi Rahsia Akan Dipanggil ICAC Akan Terbongkar !!!.

HOT ! Siapa Saksi Rahsia Akan Dipanggil ICAC Akan Terbongkar !!!...lagi berita sini===>http://pkrl.blogspot.com/
Kami sayang negara kami dan kami akan pertahankan hak rakyat Malaysia
Kanak-kanak hilang
Anak kepada rakan saya telah didapati hilang pada jam 1ptg tadi. Kawasan hilang adalah area Masjid Negeri Pulau Pinang.Details kanak-kanak ini :
Nama kanak-kanak : Nur Damia Batrisyia
Umur : 5 Tahun
Tinggi : 105 cm
Ciri – ciri :Memakai baju sama seperti di gambar
Kawasan Hilang : Area masjid negeri,Pulau Pinang.
Sila hubungi Ibu kanak-kanak : Arina bt Khamis , no hp 0174304353
Mohon share seramai yang boleh.Hari ini kita membantu beliau dan sama-sama kita berdoa agar anaknya ditemukan dengan keadaan selamat dan segera!Terima kasih atas keprihatinan anda semua.
Program Tukar ke Orang Melayu (Project IC by Mahathir)
Hanya kerana kenyataan media yang Azmin Ali keluarkan pada 18 Januari lalu dan ia di "Copy Paste" ke dalam Description Video YouTube : Program Tukar ke Orang Melayu (Project IC by Mahathir)>>>http://www.youtube.com/
Azmin dipanggil SKMM beri keterangan
CYBERJAYA 13 Mac - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan berhubung kaitannya dalam penyebaran video membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau disiasat selama tiga jam bermula pukul 2.30 petang di bawah Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia mengenai video yang dimuat naik ke YouTube bertajuk Program Tukar ke Melayu (Project By Mahathir).
Azmin berkata, beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak SKMM dengan menjawab 51 soalan yang dikemukakan untuk membantu siasatan.
Video ini memaparkan mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing dan di dalamnya ada komen saya terhadap video ini.
Ia adalah kenyataan media saya yang dikeluarkan pada 18 Januari lalu mengenai pemberian kad pengenalan di Sabah," katanya selepas disiasat oleh pihak SKMM di sini hari ini.
Azmin menafikan mengenai penglibatan beliau dalam penghasilan video selama hampir seminit itu.
Ahli Parlimen Gombak itu menambah, kenyataannya telah digunakan ke dalam video tersebut dan disebabkan itu beliau dipanggil memberikan keterangan. -Utusan Meloya
PANAS ! VAT69 BUNUH 3 PENEMBAK TEPAT MILITAN
PANAS ! VAT69 BUNUH 3 PENEMBAK TEPAT MILITAN ( SNIPER )....Berita penuh LINK sini==>>> http://pkrl.blogspot.com/samun oleh pemandu teksi terhadap penumpang
NAMA : PRAKASH KUMAR A/L SUBRAMANIAM
KPT : 740820-10-5531
ALAMAT : NO. 9 JLN. WANGSA 5A, BUKIT ANGTARABANGSSA 68000 AMPANG SELANGOR
PEKERJAAN : PEMANDU TEKSI
Pihak polis sedang mengesan dan mencari individu seperti gambar berikut yang dipercayai dalam kalangan penyewa dan pemandu teksi di syarikat-syarikat tertentu di Kuala Lumpur berikutan kejadian samun oleh pemandu teksi terhadap penumpang. Sejak awal tahun 2013 hingga kini, sebanyak 13 kes kejadian samun oleh pemandu teksi terhadap penumpang telah dilaporkan. . Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau mana-mana balai polis berhampiran.
via Polis KL
Tian Chua cuba ditahan di kafetaria Mahkamah
| Hazayani Zakaria, | 14 Mac 2013 |
Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula.Tian akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.
Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.
"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah
"Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.
"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.
Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.
Sementara itu, puluhan ahli PKR dan penyokong PKR hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan.
SEMUA MESTI BACA : KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA
ahathir.....Rakyat Tak Lupa Kamu Beri IC Kepada Pendatang Asing!! Najib Kenapa Kamu Berjanji Nak Beri Tanah Pada Mereka,Ini Tanah Air Kami..... SEMUA MESTI BACA : KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA
Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Semporna. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .
Johor.com
Fakta2 yg Rakyat Malaysia mesti tahu:

1. Pengkhianatan UMNO dengan menabalkan Si Kiram menjadi Sultan Sulu sedangkan Si Kiram bukan waris yang sah..
2. Kiram diberi IC Malaysia.
3. Kiram bersekongkol dgn Tun Mahather membawa masuk warga philipinan dari sukul Tausug dan sulu secara berama di Sabah dan diberikan IC Malaysia utk mengundi dan memenangkan BN dalam Pilihanraya Sabah.
4. Melantik Kiram menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat
5. Kiram menjadi Ahli UMNO Sabah.
6. Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.
7. Menjadikan Kiram sebagai kroni yg menjadi salah seorang paraih ikan yg terbesar di Sabah.
8. Rata-rata puak yang memberontak di Sabah (kebanyakannya) adalah Ahli UMNO.
9. Jika berlaku perbalahan dari kalangan Tausug / Suluk dgn warga tempatan Sabah yg sebenar maka pihak berkuasa lebih memihak puak Tausug dan Sulu kerana mereka dilindungi oleh UMNO Sabah.
10. Kegagalan Kerajaan UMNO menjaga keselamatan dan Kedaulatan Negara menjaga perairan negara dan lambat bertidak terhadap para pemberontak..
Sebab tu PM tak berani utk membawa Kes Lahad Datu ni ke meja rundingan sebab akan terbarai dan terburai semuanya...
Note :
Kini Kami Rakyat Malaysia mendesak agar Persidangan Tergempar Parlimen diadakan secepat mungkin kerana ianya adalah isu kedaulatan Negara.. Apa yang Najib takutkan jika benar beliau di pihak yang benar.. -sumber:fb Bekas Penyokong UMNO
Dua askar gugur naik pangkat

NAJIB mengaminkan doa untuk jenazah Ahmad Hurairah Ismail di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang semalam.
SUBANG – Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan pangkat dua anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan pangkat tersebut merupakan penghargaan kepada kedua-dua wira itu selain mengenang jasa serta pengorbanan mereka kepada negara.
Menurut beliau, Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, masing-masing dinaikkan pangkat sebagai Koperal.
“Ini bererti imbuhan untuk ibu bapa mereka akan diberikan melalui beberapa faedah perkhidmatan. Wang tidak boleh mengubati kesedihan dan kehilangan keluarga tetapi ini tanda prihatin kerajaan, kementerian dan warga tentera,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan kedua-dua jenazah yang diterbangkan dari Tawau dengan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan TUDM di sini semalam.
Jenazah yang tiba pukul 8 pagi itu turut diberi penghormatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2NTMlk1Gx
Hakcipta terpelihara
bukan semua suluk itu jahat
SEPERTI yang saya katakan bukan semua suluk itu jahat dan ada juga yang baik dan berbudi mulia baik akhlaknya terutama yang sudah sekian lama tinggal di sabah kesan campuran budaya orang lokal.
yang jahat itu ialah mereka yang terpengaruh dengan kata bapa lanun yang namanya sultan palsu nama Kiram III sebab dialah yang pengarah pencerobohan di Sabah dan sanggup membunuh pegawai keselamatan kita memenggal kepala, membelah dada dan korek organ manusia dan ini jelas melebihi sifat kebinatangan di zaman global.
mereka ada di mana-mana, salah siapa?

mereka ada di mana-mana. mereka ada di kota/pinggir desa, kampung halaman dan di gobok sekitar kandang babi.
mereka penuhi sekitar merompak membunuh bermaharaja dan salah siapa?
sekarang mereka naik atas kepala. sudah ada belanda minta tanah dan bakal jadi tuan tanah kedaung membunuh semau2nya. salah siapa?
mereka ada di mana-mana/ ini di depan saya dan di kiri kanan saya termasuk dalam kelambu dan bawah kolong.
salah siapa?
saya bertanya dan pertanyaan memerlukan jawaban bukan pertanyaan semula yang bakal saya dapatkan.
mempertahankan negara itu wajib dan harus. demikian ajaran agama kita.
kita bersiaplah untuk mati demi negara bangsa kita.
ISMAILY BUNGSU
SABAH
3/3/2013
12:26AM
Projek 1 Pilot around the world helah apa sebenarnya?

Berita gempak.. Seorang budak berjaya mengelilingi dunia dengan memandu pasawat ringan lantas memecahkan rekod dunia dan dengan bangganya setiap rakyat Malaysia mendapat ganjaran RM2000 seorang...
Fuh..!! kalu endingnya gitu takper juga.
salam bro.. aku nak dedahkn 1 cite.. tolong siasat http://1rtw.com.my/v1/ web ni pasal 1malaysia round the world yang diorang nak buat gunakn 1pilot.. aku dapat info dari member aku yang kerja pilot bagi tau kos untuk nak menjayakan benda ni tuk masuk malaysia book of record ialah RM20juta...
15juta sumbangan felda,
1 juta najib ,
4juta dari malaysian youth (apa tah full name dia)
benda ni sahih... banyak pilot tengah panas, pasal ramai yang da abis blajar tak de kerje ... tapi diorang g bazir duit rakyat cam ni... mohon siasat....
Ahah... ni lagi
Hanya untuk pecahkan record dunia
Apakah benar kos untuk semua pengoperrasian ini menelan belanja 20 juta?
kos minyak pesawat
kos selenggara
kos kos berkaitan pengiklanan
kos kos berkaitan melangkai sembadan negara negara
kos keselamatan dan lain lain
20 juta tak mustahil.
Dan dikatakan kos tersebut di taja oleh 3 icon ini.. benarkah? gua googles jumpa.. laporan Sinar Harian rujuk sini yang di SAHkan ialah.. Majlis Belia Felda sekali lagi menaja benda tak berfaedah ni tak kala kakitangan felda bersungut tiada kenaikan gaji.
15 juta Sumbangan Majlis Belia Felda
1 juta dari seekor PM Najib
4 juta dari NGO Malaysian Youth
Apakah benar FELDA menghabiskan wang dengan menaja benda benda tak berfaedah ini?
KUALA LUMPUR - Seorang juruterbang muda Malaysia akan cuba mencipta rekod dunia dengan terbang sejauh 14,000 batu nautika dalam ekspedisi solo selama 50 hari memandu pesawat piston tunggal, Cessna P210.
Kapten James Anthony Tan, 21, dari Sungai Long, Kajang, akan melakukan penerbangan bersejarah sebagai "rakyat Malaysia pertama dari negara Asean mengelilingi dunia secara solo" pada 23 Februari di Subang Skypark, yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pemegang rekod semasa juruterbang termuda mengelilingi dunia ialah Kapten Carlo Schmid, warga Swiss yang terbang solo tahun lepas pada usia 22 tahun.
James menempah tempat dalam Malaysian Book of Records sebagai juruterbang termuda yang terbang solo sejauh 13,803 batu nautika dengan pesawat piston tunggal dari United Kingdom ke Bangkok, Thailand, tahun lepas.
Sementara itu, pengurus projek 1Malaysia Around The World (1TRW), Azean Majid berkata penerbangan itu dianjur oleh Persatuan Juruterbang Muda Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Majlis Belia Felda Malaysia.
Beliau berkata, James akan terbang dari 23 Februari mengelilingi dunia dan kembali ke Subang, 10 April.
Kerajaan menaja 10 peratus penerbangan itu sementara sektor swasta 90 peratus.
Pihak-pihak lain dalam sektor swasta yang ingin turut menaja boleh hubungi pengurus korporat 1TRW, Fazli Buyong di 012-5418996 atau e-mel beliau di fazli@1rtw.com.my. - Bernama
Apa pun.. agenda di belakang semua ini ianya helah.. BAGAIMANA HENDAK MENCURI WANG dengan cara berselindung?
Ya lah.. seperti biasa.. jika nilai pembinaan jambatan RM500 juta.. maka di buat dalam kertas kos kos tersebut RM800 juta.. so 300 juta tu masuk poket krony2... maka semua ni SAH diperlakukan dalam undang2... tak boleh dakwa dakwi.
Samalah halnya dalam kes ini.. Jika benarlah kos keseluruhan tu RM20 juta.... berapakah sbenarnya wang FELDA telah di SONGLAP?
Tenggara Sabah Selamat Yang Tidak Selamat?

Saya tidak tahu hendak memulakan di mana catatan mengenai Sabah kali. Ada dua cerita yang ingin saya bawakan. Cerita ini pula bergabung di antara satu sama lain; perang dan politik. Walaupun pemergian ke Sabah dan berada di sana selama lima hari empat malam untuk meninjau keadaan di Lahad Datu dan daerah-daerah lain tetapi sebagai pemerhati dan penulis politik, saya tidak melepaskan peluang untuk membuat tinjaun politik Sabah di saat-saat akhir menjelang PRU-13.
Tentu juga ia akan digali apakah peristiwa yang berlaku di Lahad Datu khasnya kejadian yang meragut nyawa 12 Mac itu memberi kesan langsung kepada politik Sabah.
Atau tepat lagi pemergian saya kali ini ialah untuk melihat kedua-dua keadaan dan situasi itu sekali gus, politik dan perang dan perang dan politik.
Biarlah saya menceritakan keadaan perang atau tragedi pencerobohan dulu kemudian diikuti dengan perkembangan politik di Sabah mutkahir ini atau pasca tragedi - 12 Mac mengenai kronologi pencerobohan puak Sulu dari versi di sana.
Sebenarnya versi tragedi itu tidak banyak beza dengan apa yang difaham dan sampai kepada kita dari Semenanjung. Cuma apa yang beza atau kelainannya mengenai susur galur kejadian itu saja serta bagaimana emosi orang menerima kejadian itu. Bagi kita di sini ia menakut dan membimbangkan sekali, kerana pencerobohan itu diberikan berbagai konotasi serta digambarkan kesadisan keadaan di sana.
Keadaan hari ini sudah tenang! Semalam tidak ada apa-apa kejadian buruk berlaku yang dilaporkan. Seperti mana dilaporkan oleh polis, begitulah juga yang saya perolehi dari penduduk di sana khasnya di Sandakan yang menjadi daerah terakhir gelajahan saya sebelum pulang. Kebimbangan orang ramai kepada sesuatu kejadian buruk sudah tidak ada lagi. Bahkan keadaan di Sandakan seperti daerah lain yang tidak terecer darah.
Sandakan adalah dearah Tenggara Sabah yang saya kira tidak begitu terusik dengan kejadian di Lahad Datu itu. Hanya bagi sesetengah rakyat Sulu (mungkin yang tidak memilki dokumen dan IC dibawah Projek IC?) takut dan ramai yang 'coking bongah' melarikan diri pulang ke pulau-pulau asal mereka. "Mereka takut Encik, bila polis pergi gelidah rumah mereka, mereka bimbang ditangkap, maka mereka lari," begitu tutur seorang lelaki keturunan Sulu di Sandakan sedikit kesal.
Sejak semalam membawa ke pagi ini angka kematian dikedua belah pihak tidak bertambah. Di pihak kita (keselamatan) kekal dengan angka lapan orang sahaja. Sementara di pihak penceroboh lebih 54 orang. Manakala lebih 100 orang ditahan kerana memasuki atau terlanggar masuk ke kawasan larangan, sempadan merah. Manakala seorang orang awam, budak lelaki maut apabila ditembak askar dan seorang cedera.
Pengesahan oleh polis bahawa bekas Jeneral MNLF, Jeneral Haji Musa yang memimpin pencerobohan berdarah itu meninggal dunia ditembak pasukan keselamatan kita melegakan ramai orang. Orang yang ngeri dan merasa takut dengan kejadian itu akan berterusan dan merebak boleh menarik nafas lega. Kematian Haji Musa seakan menyegerakan episod pencerobohan.
Pun begitu keadaan di Tenggara Sabah itu tidak akan pulih seperti sedia kala dengan mudahnya. Haji Musa sudah meninggal, tetapi ini bukan bermakna perang atau pencerobohan itu berakhir? Perlu diingat Haji Musa ada meninggalkan anak buahnya. Kematian Haji Musa dan angkatan tentera Sultan Sulu itu akan didendami seperti mana dendamnya pasukan keselamatan kita atas kematian lapan orang anggota polis.
Berita kematian Haji Musa memberi kesan psikologi kepada tentera penceroboh dan juga masyarakat Sulu di Sabah. Suka atau tidak suka, orang Sulu bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas tentera itu. Kandati mereka tidak terlibat secara langsung menyokong dan mendoakan kejayaan pencerobohan itu, namun semangat dan sokongan dihulurkan kerana mereka bersetuju dengan matlamat pencerobohan itu untuk menakluki Sabah.
Berita kematian Haji Musa ini berbunyi sejak dua hari lepas dan ia baru diumumkan hari ini. Anihnya di Sandakan cerita Haji Musa tidak timbul. Sebaliknya kisah anih lain yang diperkatakan. Kononnya terdapat kalangan tentera Sulu tidak lut dek peluru atau kebal.
Cerita ini tersebar secara halus dan senyap. Tetapi ia bukan menjadi rahsia sulit lagi. Ia bukan saja dari kalangan orang Sulu tetapi di kalangan rakyat Sabah lain juga. Kononnya mereka mengutip berita mengenai perkara ini dari pasukan keselamatan sendiri. Kononnya seorang tentera kita melihat sendiri bagaimana tubuh tentera Sulu yang ditembak bertubi-tubi tidak berbekas dan luka malahan mereka tersenyum saja menerima tembakan sambil menepis kesan-kesan peluru dibadan?
Berita ini katanya menyebabkan menimbulkan kegerunan dan ketakutan di kalangan pasukan keselamatan kita.
Betulkah? Saya mempersoalkan sendiri tanpa bertanya lebih lanjut. Bagi saya cerita itu mungkin sebagai propaganda dan dakwah saja. Atau tahyul perang. Kerana apa yang jelasnya pasukan keselamatan kita menunjuk foto jenazah tentera Sulu yang bergelimpangan menyembah bumi.
Kalau pun ada yang kebal dan tidak lut oleh peluru, bukan semua mungkin beberapa orang saja. Dan cerita ada orang kebal dan tidak lut ini bukan perkara baru dan dogengan. Di samping cerita kebal itu ada juga cerita kononnya tentera Sulu boleh ghaib?
Apakah orang Sulu yang saya temui di Sandakan dan Lahad Datu itu tidak mahu mencerita akan kehebatan ilmu pertahan diri mereka? Atau sememangnya ia dongengan dan satu strategi psikologis saja? Walahu'alam.
Sebenarnya tragedi berdarah itu menimbulkan berbagai persepsi dari berbagai pihak di Sabah. Dari kalangan rakyat Sabah mereka menerima kejadian itu seperti biasa saja. Ini kerana mereka sudah terbiasa dengan kejadian tembak menebak yang kejam sebelum ini. Kejadian jenayah atau huruhara begitu bukan tidak pernah berlaku di Sabah. Kalau yang agak asing ialah pengeboman saja?
Manakala yang agak ketakutan dan bimbang ialah dari kalangan anak muda. Ini kerana mereka belum pernah mendengar tembakan begitu kuat dan panjang. Keadaan diburukkan lagi maklumat yang mereka terima dari internet. Penyebaran berita di internet yang sukar dikawal menimbulkan masalah dan ketakutan. Berita-berita liar dan pengeposan gambar menakutkan menjadikan fikiran dan jiwa sesiapa saja menerima maklumat itu akan ketakutan dan 'dihindik' phobia.
Hal ini diakui sendiri oleh pihak polis. Menurut seorang pegawai polis ledakan media baru internet menyebabkan sukar untuk kawal keadaan. Pesanan ringkas (SMS) dan twitter, blog liar menjadi 'musuh' kepada pasukan keselamatan kerana ia menganggu kosentrasi dan juga usaha penyelamatan atau strategi penyerangan dijalankan.
"SMS menyusahkan kami, dan ia menjadikan kawalan keselamatan sukar hendak dilakukan. Setiap hari kita menerima lebih 20 maklumat-maklumat berhubung kejadian dan ini menyebabkan perlu disaring untuk pengesahan. Ia juga tidak boleh diabaikan bimbang ianya benar," begitu luah seorang pegawai polis di Kunak penuh kekesalan.
Beliau lantas merayu orang yang tidak bertanggungjawab itu insaf dengan apa yang berlaku hari ini.
Secara umumnya dalam perhatian saya, kedamaian di Tenggara Sabah itu masih belum pulih sepenuhnya. Ia boleh dianggap sebagai laut yang tenang tetapi jangan disangka tidak ada buaya. Mungkin kampung Tanduo sudah bersih dari penjenayah tetapi bukan di tempat lain. Beberapa kampung lain seperti Tanjung Batu, Sungai Bilis, Tanggung Batu dan beberapa lagi masih diberi kawalan ketat. Keadaan kampung itu juga bila menjelang malam menakutkan.
Betapa keadaan ini masih gawat apabila semua pintu masuk ke daerah-daerah yang digezetkan sebagai kawasan kawalan keselamatan khas dikawal ketat polis. Sekatan jalan raya dilakukan polis yang lengkap bersenjata dan kubu ada di mana-mana saja. Sekilas pandang apa yang wujud di Tenggara Sabah itu tak ubah apa yang dilihat di Selatan Siam, Narathiwat, Petani, Baning Star dan lain-lain.
Manakala semua balai polis di daerah itu akan bergelap bila malam menjelma. Balai polis tidak dipasang lampu dan anggota akan berkubu di dalam kubu yang dibina di sekeliling balai polis. Apa yang boleh dihukumkan dengan situasi ini, melainkan keselamatan tidak terjamin dan polis serta askar terus bersiap siaga sepanjang 24 jam.
Mungkin tentera Sulu atau pun penceroboh yang mulai digelar pengganas (militian) sudah melarikan diri, tetapi, namun belum ada jaminan secara rasmi ia tidak akan berpatah balik. Istilah atau filsafah orang berlawan, 'undur setapak untuk mara seribu tapak' harus diingat. Hanya apabila telah rasmi pihak tentera Sulu mengakui mereka mengaku kalah barulah, reben merah yang melingkungi Tenggara Sabah itu boleh ditanggalkan. Selagi tidak ada tanda tangan mengenai persetujuan itu maka Sabah masih dalam keadaan 'dharurat'. - MSO
Penceroboh Lahad Datu Memakai Tangkal Kebal Dari Tembakan?

Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.
Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.
Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.
Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.
“Pengganas berkenaan percaya pemakaian tangkal berkenaan menjadikan mereka kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan.
Wednesday, March 13, 2013
Surat terbuka Faekah kepada Tun Mahathir

Kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Klang baru-baru ini saya kira telah melampaui batas dan lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dr Mahathir menuduh kononnya masa depan dan hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.
Kenyataan beliau menunjukkan bahawa beliau telah tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama; lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu serta mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam di kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Dr Mahathir sepatutnya sedar ketika beliau mengungkapkan kata-kata penghinaan mengenai agama Islam tersebut, beliau berada di Bandar Di Raja Klang, Bandar kebanggaan Sultan-Sultan di Selangor. Pentadbiran Pakatan Rakyat menyerahkan hal ehwal agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) dan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) tanpa campur tangan politik.
Sesungguhnya, Ketua Agama Islam di negeri ini adalah DYMM Sultan Selangor sendiri dan baginda begitu menjaga kesucian agama Islam serta sentiasa mempertahankan kepentingan umat Islam. Pentadbiran kerajaan negeri pula akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan DYMM Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam. Mana mungkin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kesucian agama Islam boleh terancam. Tohmahan Dr Mahathir ini merupakan keceluparan melampau hatta menghina Institusi Agama dan Raja di negeri ini.
Di Selangor, JAIS memperolehi peruntukan yang paling tinggi di dalam Belanjawan Negeri; melebihi RM130 juta setahun. Dari segi pembangunan, kita telah membelanjakan lebih RM405 juta untuk membina masjid dan sekolah agama dan lebih RM46 juta untuk baik pulih masjid dan sekolah agama sepanjang tempoh 2008-2012. Kita juga telah menaikkan elaun guru-guru Sekolah KAFA dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1300 hari ini. Pengiktirafan yang kita berikan ini antara salah satu cara kita meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan.
Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz seringkali diugut dengan pembubaran. Pelbagai alasan dangkal yang diberikan Dr Mahathir. Banyak juga kenyataan menghina yang dikeluarkannya ketika itu antaranya; anak-anak Melayu yang bersekolah kebangsaan waktu pagi dan ke sekolah agama sebelah petangnya akan keletihan dan lemah dalam pelajaran. Sedangkan tidak banyak faedah bersekolah agama di sebelah petang, sekadar menghafal doa makan dan masuk tandas sahaja.
Pada Dr Mahathir, amalan berjaga malam untuk berqiamulail hanya menjadikan anak-anak Melayu ini kurang tidur lantas melemahkan sel-sel otak mereka, lembab dan tercicir di dalam pelajaran. Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut dan jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam, kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelek begitu. Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama.
Memang benar kata-kata seorang ulama terkenal di negara ini yang menyatakan jika seseorang itu telah bergelar ‘Mantan’ ini bermakna kata-kata serta pandangannya sudah tidak relevan lagi. Jangan diambil pusing, elok sahaja dibiarkan melalak tanpa perhatian. Ini sangat bertepatan sekali dengan situasi Dr Mahathir ketika ini. Nampaknya beliau masih berilusi dan mengalami sindrom penafian bahawa beliau sudah menjadi mantan hampir 10 tahun lamanya.
Dr Mahathir juga membuat tuduhan jahat kononnya nasib orang Melayu akan tergadai jika pembangkang memerintah Selangor. Mahathir perlu tahu Umno adalah pembangkang di Selangor; melatah dan tersasul sememangnya sifat seorang mantan 10 tahun yang gagal menerima hakikat bahawa kuasa sudah bukan miliknya lagi.
Kita tidak menafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu. Malangnya dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan yang tidak adil dan tidak telus. Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan ‘dihalalkan’ atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan.
Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama. Pada Dr Mahantir, Melayu bererti Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar dan beberapa kerat nama lagi termasuk Mokhzani dan Mukhriz Mahathir. Adakah yang dimaksudkan Dr Mahathir menjaga kepentingan Melayu adalah untuk menjaga kepentingan segelintir nama di atas?
Bukan dasar kita membongkar apa yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahan mereka di Selangor. Kita maklum kerana kerakusan mereka merompak hasil negeri ini maka mereka terhukum pada 2008. Namun, tuduhan melampau Dr Mahathir menjadikan saya teruja untuk mendedahkan sedikit apa yang dikatakan ‘menjaga kepentingan Melayu’ itu. Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila perkara ini didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah rakyat ini kerana kononnya merekalah yang telah membangunkan negeri ini !!
Ratusan ekar tanah mereka perolehi hanya dengan membayar premium paling minima RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini telah dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera. Saya tidak bermaksud mempersoal pemilikan tanah oleh bukan bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek ‘Hidup Melayu”!! Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan UMNO ini dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan?
Kita juga mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu yang terletak di bandar telah ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti pula dengan tanah di hujung kampong seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor. Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu jugalah, apabila kerajaan Pakatan Rakyat berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut. Umno mahu Melayu kekal berniaga di warung-warung dengan bermentaliti pemilik gerai.
Dr Mahathir juga antara manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang telah menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno. Contoh terdekat bagi negeri Selangor ialah penswastaan konsesi air. Meskipun tidak mempunyai kepakaran dan kemampuan kewangan namun oleh kerana beliau adalah Bendahari Umno Selangor, seorang Melayu maka konsesi industri air yang bernilai berbilion ringgit diserahkan kepadanya. Akhirnya beliau menikmati kekayaan melampau di atas kesengsaraan rakyat menanggung bil air yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza.
Mana pergi suara Dr Mahathir ketika kita membongkar pengkhianatan Umno yang memberikan ribuan ekar tanah serta ratusan juta ringgit kontrak kepada Tan Sri Chan Ah Chai melalui Syarikat Kumpulan Talam? Mengapa Mahathir senyap sunyi apabila kita dedahkan Talam berhutang RM392 juta kepada rakyat Selangor hampir sedekad lamanya dan gagal dituntut oleh Umno? Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir kerajaan Pakatan Rakyat telah pulangkan jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar adalah orang Melayu? Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh Pakatan Rakyat akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor usia telah melemahkan daya pemikiran beliau.
Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang telah dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi penting Negara selama 22 tahun pemerintahannya. Polis, Kehakiman, Perkhidmatan Awam menjadi kucar kacir dan hilang intergriti. Tetapi memandangkan beliau ghairah untuk beraksi selaku ‘de facto’ Perdana Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang ‘mudah lupa’ perlu diingatkan bahawa insan bernama Mahathir yang telah memporakperandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998.
Ini belum lagi menyentuh bagaimana Malaysia kehilangan berbilion ringgit dalam permainan mata wang oleh orang kepercayaan beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Pendedahan Barry Wain (mendiang) dalam bukunya bahawa ketika pemerintah Dr Mahathir, Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM100 billion kerana rasuah dan salah guna kuasa masih gagal dijawab oleh beliau sehingga ke hari ini.
Malah perkara terbaru yang begitu serius ialah apabila Siasatan Suruhanjaya DiRaja Kewarganegaraan Sabah mendedahkan penglibatan langsung Dr Mahathir menjual kewarganegaraan kepada bangsa asing (yang pastinya bukan Melayu) semata-mata mahu kekal berkuasa. Tanpa rasa malu mahupun berdosa terhadap rakyat dan bangsa Malaysia Dr Mahathir mengakuinya dan sanggup pula mengheret Almarhum Tunku Abdul Rahman ke dalam isu tersebut.
Rasanya tiada perkataan yang sesuai dan layak diungkapkan terhadap insan bernama Mahathir ini apabila kita mengimbau segala kerosakan yang telah dilakukannya. Jauh di sudut hati saya terfikir, pastinya Dr Mahathir bersyukur Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan di negara ini. Kekadang terdetik juga, alangkah baiknya jika sebaliknya .. !!!
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR
KONSPIRASI TERKINI UMNO? Anwar mungkin ditahan tak lama lagi – Rafizi

Terdapat kebimbangan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.
Ahli-ahli parti PKR Anwar menjangka perkara paling buruk mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.
Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, dan jika dia 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan.
"Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk sekurang-kurangnya tidak memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana kebarangkalian adalah sangat tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja, memang sudah jelas terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang," pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.
"Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya. Tetapi setelah memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu yang lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang keterlaluan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara ini pernah menyaksikan perkara yang lebih teruk daripada itu. Jika mereka telah melibatkan Anwar Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang dibuat-buat, saya tidak fikir ia adalah sukar bagi mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik yang bakal menguntungkan mereka dalam pilihanraya yang akan dating. Kita sudah begitu hamper pada pilihanraya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang terbaik untuk mengumpul seberapa banyak maklumat. Tetapi saya fikir orang ramai juga perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno."
Menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar, Tian Chua
Tekanan ke atas Najib yang tertekan semakin hebat berikutan kematian 2 askar pada hari Selasa, membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 10 setakat ini daripada pasukan keselamatan Malaysia yang dikerahkan untuk mengawal krisis Lahad Datu. Dengan pilihan raya umum ke-13 di negara yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun akan terpaksa mengosongkan tempatnya.
"Saya fikir mereka akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, sedangkan lagu beliau mengenai Umno kehilangan Sabah sudah disalahguna. Gambar lama pertemuan beliau dengan Nur Misuari (pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ditunjukkan untuk memberi bukti terdapat konspirasi diantarabeliau dan Sultan Sulu untuk menyerang Sabah. Walaupun kedua-dua Anwar dan Kesultanan Sulu telah menafikannya, mereka hanya akan mengabaikannya dan memutar belit segala-galanya untuk memenuhi tujuan mereka, "Tan Kee Kwong, seorang pemimpin kanan PKR, memberitahu Malaysia Chronicle.
"Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu bertindak sebagai bukti akan tuduhan Mahathir bahawa Anwar akan menjual negara ini kepada orang Cina jika dia menjadi PM adalah benar. Mereka memalsukan dakwaan pasukan polis untuk ‘mati katak' daripada Tian Chua walaupun dia sebenarnya tidak pernah berkata demikian. Bagi golongan elit Umno, apabila mereka sudah terdesak, apa-apa sahaja akan sanggup mereka lakukan tanpa perlu ada alasan."
Bukan pertama kali
PKR mungkin mempunyai alas an untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan sehari yang lalu oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.
"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa.
Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan.
Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.
Dan jika diperhatikan kepada trend menurun dalam populariti Najib sejak memegang jawatan pada April 2009, dia seharusnya ingat bahawa taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri.
Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.
Untuk menangkap Anwar kerana didakwa mendalangi pencerobohan di Lahad Datu bukanlah di luar keupayaan Najib.
Najib juga terikat untuk mendapatkan sokongan dari bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, orang yang dikatakan bakal paling rugi jika PR menang dalam PRU ke-13 dan Anwar menjadi PM yang seterusnya.
Ini kerana, bukan sahaja Mahathir telah memecat dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu, Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa tahun.
Malaysia Chronicle
BANGKIT LAH! Azmin calls on M'sians: Don't let Najib arrest Anwar & make a mockery of Lahad Datu

PKR deputy Azmin Ali confirmed that his party was concerned their adviser, Opposition Leader Anwar Ibrahim, might be arrested and made a scapegoat by Prime Minister Najib Razak's government for the failure and high loss of lives in an ongoing security operation to flush out armed militants in Lahad Datu, Sabah.
"This (arresting Anwar) is not something new. Only this time we ask the people to rise up - bangkit lah - and give a strong warning to the government - don't play politics with national security," Azmin told a press conference on Tuesday.
Later on the sidelines of the conference, Azmin told Malaysia Chronicle that this time he was confident the Umno-BN government could no longer resort to strong-arm tactic to quell the opposition as it had done in the past.
"For 15 years we have lived under the shadow of fear so much so we are no longer afraid. We are very confident the people will not allow themselves to be deceived by such atrocious politicking. This is the ultimate in the Umno-BN's politics of dishonesty and deceit," said Azmin.
Azmin called up by MCMC over Sabah RCI
He pointed out that he had been called to lodge his statement with the Malaysian Communications and Multimedia Commission in Cyberjaya at 2pm.
"My lawyers called the MCMC and we were told it is related to the Sabah RCI. Exactly how, we will have to wait and see. To us, what is clear is an overall concerted effort to go after the PKR and Pakatan Rakyat leaders," said Azmin.
At a press conference in January, Azmin who is also the Gombak MP, had branded former premier Mahathir Mohamad a "traitor" over the alleged citizenship-for-votes project in Sabah state.
The Project I.C. or Project M (for Mahathir) has been condemned by Sabahans for decades. They blame it for the surge in population that has shrunk their economic pie and reduced their living standards.
The instability arising from the invasion of a small village in Lahad Datu by armed foreign gunmen and the consequent revenge killings have also been attributed to Project M.
Many Sabahans say the scheme had allowed hundreds of thousands of illegal workers of Filipino and Indonesian descent to live in Malaysia although the loyalties of some were still with their country of birth.
Key witnesses at a Royal Commission of Inquiry held to probe the Project M had testified that the orders to offer citizenship had come from Mahathir's aides.
“We truly understand this represents a planned effort headed by the then prime minister (left), and to me he is a traitor to the country for given identity cards (IC) to foreigners just to shore up Umno’s political power,” Malaysiakini had reported Azmin as saying.
The only way - vote out Umno at GE13
Meanwhile, PKR strategy director Rafizi Ramli, who first revealed the Opposition's concern of an Anwar arrest to Malaysia Chronicle, denounced the Umno-led government for using the MCMC to pressure PR leaders.
"While it is the MCMC's right to question or initiate action, the double standard is too obvious. The MCMC should focus on facilitating a free and fast Malaysian cyberspace that is not entangled or used as yet another tool for oppression although the fault lies with Umno, which continuously exerts pressure on MCMC to sabotage the Opposition leaders," Rafizi told Malaysia Chronicle.
"While I have issues with the MCMC's inability to stand independently, getting rid of Umno is the only way to fix this."
Malaysia Chronicle
Fitnah : Abim fail saman RM10j ke atas Utusan

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini memfailkan saman berjumlah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd berhubung penyiaran laporan yang didakwa menghina NGO berkenaan dan juga isteri Rasulullah.
Writ saman tersebut menamakan Presiden Abim Amidi Abdul Manan sebagai plaintif, manakala Utusan Melayu (M) Sdn Bhd, Ketua Pengarang Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawan Lukman Ismail dinamakan sebagai defendan.
Writ saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 pagi ini oleh peguam Abim Mohd Khairul Anwar Ismail melalui Tetuan Anwar Ismail & Associates.
Writ saman itu merujuk kepada artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 8 Februari bertajuk 'PAS Benarkan Tarian Lucah, Abim Hina Isteri Rasulullah' di perenggan 16 dan 17.
Tulisan itu didakwa sebagai "suatu penyataan fitnah yang berniat jahat terhadap plaintif yang bertujuan untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat plaintif sebagai sebuah pertubuhan Islam dan dakwah yang cukup dikenali".
Perenggan 16 dalam artikel tersebut menyebut: "Tidak cukup dengan Pas yang menghina sahabat Rasulullah apabila mengangkat Lim Guan Eng, seorang kafir sebagai Khalifah Umar Al-Aziz, kini Abim pula menghina isteri baginda dengan memberi Anugerah Saidatina Khadijah kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail."
Tulisan di perenggan 17 pula didakwa menerbitkan penyataan fitnah daripada blog Malaysia News Network yang menyatakan: "Pertubuhan itu jelas mempersenda Saidatina Khadijah kerana mengangkat seorang isteri pemimpin yang terpalit dengan isu moral setanding dengan isteri Rasulullah".
Amidi dalam writ samannya berkata artikel dan penyataan tersebut merupakan satu fitnah dan berniat jahat bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan reputasinya.
Selain itu ia juga didakwa menimbulkan kebencian dan penghinaan masyarakat umum sebagai pertubuhan Islam dan kepimpinannya serta mencari sensasi dan publisiti murahan didorong oleh kecenderungan politik dan tujuan lain.
"Artikel fitnah dan penyataan fitnah tersebut yang dibuat terhadap plaintif adalah tidak benar dan salah sama sekali, malahan ianya tidak lain tidak bukan adalah bersifat liar dan jahat, dan secara keseluruhannya tidak berlaku adil kepada plaintif.
"Sebagai pertubuhan Islam dan dakwah, plaintif dengan tegasnya menafikan bahawa anugerah tersebut diwujudkan dan diberikan dengan bertujuan menghina dan mempersenda isteri Rasulullah SAW," writ saman itu dipetik.
Dokumen itu menyebut, anugerah dengan nama tersebut sebelum ini pernah diberikan oleh institusi lain selain Abim, termasuk juga institusi kerajaan.
Amidi juga berkata, beliau dan para pemimpin Abim menanggung malu dan kepercayaan masyarakat mula terhakis akibat “fitnah keterlaluan” yang didakwa memberi gambaran jahat keterlaluan kepada plaintif.
Writ itu difailkan selepas ketiga-tiga defendan enggan menarik balik artikel dan memohon maaf terbuka sehingga ke hari ini kepada Abim selepas notis tuntutan itu dihantar pada 22 Februari lalu.
Selain gantirugi pampasan RM10 juta, beliau turut menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan serta perintah injunksi untuk menahan artikel itu diterbit, dilafaz atau dicakapkan semula oleh Utusan atau/dan ejennya atau sesiapapun.
Selain itu Amidi turut menuntut antaranya faedah sebanyak 8 peratus ke atas jumlah penghakiman dan tarikh pemfailan saman sehingga penyelesaian penuh dan kos relif yang difikirkan adil dan berpatutan oleh mahkamah.
Turut mengiringi Amidi ke mahkamah hari ini ialah peguam Mohd Khairul Anuar dan Setiausaha Agung Mohamad Raimi Ab Rahim.
Melayu: Umno boleh belajar dengan TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Melayu merempat Umno wajib dipersalahkan, tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
“Kenapa 55 tahun negara Merdeka, Melayu masih ketinggalan jauh ke belakang.
“Apakah kemiskinan di kalangan orang Melayu dirancang?” tanya beliau.
Katanya, apabila Melayu miskin maka senang untuk mengkambinghitamkan DAP yang dituduh punca Melayu terpinggir.
Dengan ini, ujar beliau Melayu hidup menjadi abdi sepanjang hayat, terutama musim pilihan raya.
Maka, katanya senang mereka dipaksa untuk menyokong Umno dan selepas pilihan raya, pemimpin Umno akan terus mengkhianati amanah rakyat dan negara.
“Apa yang tidak kena, sehingga keadaan semakin parah sedangkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, orang Melayu, Menteri Kewangan orang Melayu, Menteri Pelajaran dari Melayu, pegawai daerah orang Melayu, penghulu orang Melayu, jawatankuasa kerja kemajuan kampung (JKKK) orang Melayu, ketua kampung juga orang Melayu,” ujarnya.
Punca Melayu tertinggal, kata beliau kerana berlaku diskriminasi ketika bantuan kerajaan hendak diberi disebabkan berlainan ideologi.
Menurutnya, Umno menganggap bantuan itu datang daripada bendahari Umno sedangkan ia adalah wang pembayar cukai.
Beliau menambah, sikap tidak amanah menyebabkan wang tidak sampai kepada sasaran yang sepatutnya menerima bantuan.
Katanya lagi, apabila pemimpin Umno yang bergelomang dengan rasuah, akhirnya mereka yang takut dosa rasuah akan ketinggalan untuk mendapat projek, kerana tidak sanggup memberi rasuah.
“Pemimpin Umno tidak takut dosa sehingga sanggup khianat sesama agama dan bangsa. Mereka tidak fikir balasan yang akan diterima di akhirat jika mereka khianat,” ujarnya.
Sepatutnya, kata Idris pemimpin Umno boleh belajar dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang berjaya menjaga Kelantan, negeri yang majoriti adalah orang Melayu sehingga berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri itu daripada nombor 2 kepada nombor 4.
“Kenapa Tuan Guru berjaya, sebabnya beliau pemimpin yang amanah, taqwa dan adil,” jelasnya lagi.
Polis: Agbimuddin berkubu di Kampung Tanjung Batu...!!!! Rakyat mula bertanya ribuan polis dan askar serta kelengkapan untuk apa....?????
Polis: Agbimuddin berkubu di Kampung Tanjung Batu...!!!! Rakyat mula bertanya ribuan polis dan askar serta kelengkapan untuk apa....?????
Sehingga kini, 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera.- Gambar fail
LAHAD DATU, 13 Mac — Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Agbimuddin tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Feb lepas.
“Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.
Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah.
Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi, manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.
Sehingga kini, 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.
Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.
Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti.
“Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka.
“Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.
Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, semalam.
Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera.
Apabila Umno selalu berbohong.....kini "Dilema Umno" meyakinkan rakyat....!!!!!

Mohamed Hanipa Maidin,
Sehingga kini Umno dan Najib menghadapi masalah bagi meyakinkan rakyat bahawa tragedi Lahad Datu bukan hasil teori konspirasi. Mengapa berlaku sebegitu? Jawapannya rekod Najib dan Umno sendiri. Umno dan Najib sudah terlalu biasa menipu rakyat hinggakan kini mereka menghadapi krisis keyakinan bagi menyakinkan rakyat dalam apa sahaja isu yang timbul. Najib dan Umno hanya layak menyalahkan diri sendiri jika rakyat yakin isu Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi.
Dilema Umno meyakinkan rakyat ini mengingatkan saya kepada cerita di zaman kanak-kanak dulu. Kisah bagaimana budak gembala kambing yang sering menipu orang-orang kampung kononnya kambingnya dimakan serigala. Orang kampung yang terpedaya dengan pembohongan budak tersebut dengan jujur cuba memberi bantuan kepada budak tersebut. Apa yang orang kampung dapat? Budak penipu itu mentertawakan orang kampung kerana mudah ditipu. Akhirnya apabila serigala benar benar datang memakan kambing beliau jeritan budak sipenipu itu tidak lagi berguna. Orang kampung sudah tidak percaya lagi pada sipenipu? Sudah 12 pilihanraya Umno tipu rakyat, maka rekod buruk mereka kini nampaknya memakan tuan.
Toeri konspirasi bukan fenomena baru dalam dunia politik. Tragedi 11 September yang menyaksikan serangan ke atas Menara Berkembar, World Trade Centre (WTC) dan Pentagon sehingga kini tidak diterima sepenuhnya sebagai tragedi sebenar. Tidak sedikit rakyat Amerika dan penduduk dunia ini yang percaya tragedi 9/11 adalah hasil teori konspirasi jahat Bush, Dick Cheney dan Donald Rumsfeld. Tidak sedikit tulisan, buku, rencana, dokumentari dan filem dihasilkan bagi menyokong teori konspirasi tersebut.
Malahan wujud satu organisasi yang dinamakan 9/11 Truth Movement yang berjuang untuk membawa mesej bahawa 9/11 adalah hasil teori konspirasi. Ada juga yang menyatakan kemusnahan menara kembar dan TWC adalah daripada apa yang dipanggil "Controlled Demolition" (keruntuhan secara terkawal). Tun Mahathir sendiri antara tokoh poltik yang percaya 9/11 adalah satu drama yang dihasilkan bagi menyerang Islam.
Wujud juga satu kumpulan pakar-pakar tentera yang dikenali sebagai "army specialist April gallop" yang menyaman pentadbiran Bush dalam isu 9 /11 atas alasan kejadian tersebut hasil dari teori konspirasi yang dirancang oleh regim Bush.
Isunya di sini teori konspirasi bukan benda baru. Ia boleh berlaku dan telah berlaku dalam politik. Politik sekular yang bergurukan Machevelli dengan prinsip "matlamat menghalalkan cara" yang tidak menjadikan dosa dan pahala sebagai asas berpolitik memberi laluan mudah untuk teori konspirasi berkembang.
Apa sahaja teori konspirasi sudah tentu beralaskan motif. Apa motif tragedi 9/11? Penyokong teori konspirasi menyatakan motifnya adalah penaklukan Iraq dan Afghanistan serta perkiraaan kepentingan geostrategik di Timur Tengah seperti rancangan "pipeline" yang dilancarkan oleh Unocal dan syarikat-syarikat minyak yang lain.
Adakah tragedi Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi masih belum diketahui. Dengan ketiadaan kertas putih dan sidang Parlimen khas membincang isu ini dengan telus, Najib perlu faham ia menyuburkan anggapan bahawa ada suatu yang tidak kena dalam isu ini. Adakah teori konspirasi ...Wallahu 'alam.
Bagaimanapun saya berpendapat Najib menghadapi masalah besar meyakinkan rakyat ianya bukan teori konspirasi. Masa kejadian yang sangat hampir dengan tarikh pilihanraya Umum -pilihanraya yang paling mencabar buat beliau - tidak membantu Najib dan Umno bagi menolak teori konspirasi. Ini ditambah pula dengan Najib sendiri menghadapai pelbagai isu yang dilihat mengikat beliau seperti isu pendedahan Deepak dan Bala tentang Altantuya, isu pendedahan Umno terlibat memberi kad pengenalan secara mudah dan tidak sah kepada bukan warganegara dan yang terbaru pula pendedahan berani bapa Saiful bahawa Anwar menjadi mangsa teori konspirasi. Semua isu ini meyakinkan rakyat Najib amat perlu satu grand design yang besar dan paling licik untuk menarik balik keyakinan rakyat.
Yang lebih malang semakin isu ini berlarutan semakin banyak rakyat melihat kenyataan yang berubah-ubah dan bercelaru dari mulut pemimpin Umno. Kerajaan Najib dilihat secara konsisten tidak konsisten. Kita tidak tahu adakah yang datang ke negara kita adalah penceroboh atau pengganas atau apa? Jika pengganas mengapa di awal isu ini kerajaan bersedia berunding dengan pengganas dan dikhabarkan diberi makan dan minum ketika berunding?
Sejak bila sebuah kerajaan berunding dengan pengganas yang datang menceroboh negara dengan membawa senjata? Jika Senator Australia yang datang secara sah tiada rundingan dibuat dan terus dihalau balik, mesti ada sesuatu yang istimewa kepada pengganas yang datang dari Sulu dengan membawa senjata dan berkubu di Felda Sahabat 17, Lahad Datu hingga mereka dibawa berunding!
‘Hospital’ sementara Lawas disewa RM80,000 sebulan

LAWAS 13 MAC: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa menjelaskan status pembinaan hospital baru di Lawas, Sarawak yang gagal disiapkan sehingga kini.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kerajaan pada April 2011 mengumumkan peruntukan RM121 juta untuk membina hospital berkenaan di atas tapak lama Hospital Lawas.
Bagaimanapun, hospital baru itu belum disiapkan sepenuhnya manakala hospital sementara yang disewa kerajaan dengan bayaran RM80,000 sebulan juga gagal beroperasi.
Ekoran itu, kemudahan yang tidak mencukupi di hospital lama di Lawas menyebabkan penduduk mendapatkan rawatan di Hospital Miri yang jaraknya terlalu jauh.
“Ia ternyata menyusahkan mereka kerana jarak antara Lawas ke Miri mengambil masa selama 3 jam dan penerbangan untuk ke sana hanya beberapa kali dalam sehari. Jadi ini memberi risiko kepada pesakit yang memerlukan rawatan segera,” tegasnya.
Umno BN sebelum ini berjanji membina hospital baru di Lawas bagi menggantikan hospital lama yang dibina pada 1969 dengan kapasiti 76 katil pesakit.
Pembinaan di tapak sama melibatkan kawasan 12 ekar itu dipersetujui dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan dijangka siap dalam masa tiga tahun sejak pembinaannya pada 2011.
Sumber memberitahu, bangunan hospital sementara bagi menampung pesakit pula disewa dari sebuah bangunan kedai empat tingkat dengan bayaran RM80,000 sebulan, sejak tahun yang sama.
Selain itu, pembinaan dan kemudahan di hospital sementara itu juga tidak dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan.
Dalam pada itu, Yahya turut mempersoal ke mana hilangnya peruntukan hingga menyebabkan terbantutnya pembinaan hospital baru di Lawas.
“Mengapa ia boleh tergendala, ke mana perginya peruntukan sebanyak RM121.6 juta itu? Apakah ia janji tinggal janji seperti kebiasaan dilakukan oleh mereka (Umno BN), hingga menyebabkan pesakit bertambah sakit,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)














