Friday, May 8, 2015

Datin Seri Dr Wan Azizah menang


Zoo Jepun Mohon Maaf Namakan Anak Monyet Sempena Puteri Charlotte


Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 1:36 PM
Pusat Zoologi Semulajadi Takasakiyama di barat daya Jepun.

TOKYO: Sebuah zoo di barat daya Jepun membuat permohonan maaf selepas dikecam kerana menamakan anak monyet dengan nama Charlotte, yang dikatakan tidak menghormati puteri pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton.
Pusat Zoologi Semulajadi Takasakiyama yang terkenal dengan habitat monyet liar memohon maaf di laman webnya selepas tindakan itu mendapatkan kritikan orang ramai.
Japan Times melaporkan zoo yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai itu sering mendapatkan nama pilihan orang ramai untuk monyet yang pertama dilahirkan setiap tahun.
Nama Charlotte dikatakan menduduki pilihan utama apabila memperoleh 59 daripada 853 undian, dengan Kei (nama sempena pemain tenis Jepun, Kei Nishikori) dan Elsa (watak utama filem animasi Disney, Frozen) turut dipertimbangkan.
Nama anak monyet itu mendapat inspirasi daripada Charlotte Elizabeth Diana, nama anak kedua Putera William dan isterinya, Kate. Puteri kepada pasangan diraja itu dilahirkan pada 2 Mei lalu.
Bagaimanapun, keputusan itu memakan diri apabila zoo berkenaan dihujani panggilan telefon dan emel yang mendesak supaya menarik balik nama tersebut.
Menurut pegawai zoo yang terletak di pulau Kyushu itu, pihaknya berbincang mengenai perkara tersebut sambil menambah bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menamakan semula anak monyet tersebut.
Kyodo News turut melaporkan bahawa pengadu meminta pandangan orang ramai di Jepun mengenai respons mereka sekiranya sebuah zoo di Britain menamakan seekor haiwan dengan nama ahli keluarga empayar Jepun. - The Straits Times/Asia News Network

Hukuman Penjara Anwar Faktor Kemenangan - Wan Azizah


Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 9:55 AM

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui hukuman penjara terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara faktor kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Malah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kejayaan mempertahankan kerusi berkenaan juga membuktikan bahawa Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara masih relevan.
"Ternyata pemenjaraan bermotifkan politik terhadap Anwar, menzahirkan simpati yang tinggi dan ianya adalah bukti bahawa beliau masih relevan kepada rakyat.
"Kemenangan ini, bukan hanya kemenangan PKR sahaja. Tetapi ianya adalah kemenangan rakyat, yang menentang kezaliman Barisan Nasional (BN) terhadap saudara Anwar Ibrahim dan ianya merupakan suatu referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa," katanya di sini.
Beliau berkata demikian selepas diumumkan memenangi PRK Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi selepas mendapat 30,310 undi.
Sementara itu calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi manakala calon Bebas, Salleh Isahak (367) dan calon Parti Rakyat Malaysia (RPM), Azman Shah Othman (101).
Mengulas lanjut Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata, beliau berpuas hati dengan peningkatan undi khususnya di kalangan pengundi Melayu.
"PRK kali ini menyaksikan peningkatan undi kepada PKR sekitar empat hingga lima peratus daripada kalangan masyarakat Melayu, khususnya anak-anak muda.
"Kemenangan hari ini adalah bukti bahawa rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh, mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat," katnya.
Sementara itu dalam nada sebak, Dr Wan Azizah turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi Permatang Pauh kerana menerima beliau untuk kembali berkhidmat di kawasan itu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Anwar  hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Tabung Haji perlu dipisahkan dari orang politik

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM – Kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan hari ini adalah disebabkan penglibatan orang politik di dalam pentadbiran tertinggi TH itu sendiri.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu berkait rapat dengan kedudukan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ahli Parlimen Umno sebagai pengerusinya.

“Pelantikan orang politik sebagai Pengerusi TH hanya menimbulkan situasi 'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan hala tuju LTH itu sendiri. Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi TH akan hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum.

“Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya nafikan TH beli 2 unit, bukannya...]

Dr Maszlee yang juga Presiden Academic Staff Association (ASA) berkata, pengerusi TH itu akan dilihat sebagai mewakili kepentingan parti yang diwakilinya berbanding kepentingan para pencarum.

“TH sepatutnya dipengerusikan oleh tokoh-tokoh korporat berjiwa Islamik, bebas politik, yang telah terbukti kemampuannya dan mempunyai rekod yang diperakui oleh semua pihak,” katanya.

Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media hari ini.

Militan IS buka hotel mewah?

KUMPULAN militan IS didakwa membuka sebuah hotel mewah di bandar kedua terbesar di Iraq - Mosul kepada ahli kumpulan ekstrimis berkenaan.

Beberapa keping gambar yang dimuatnaik di mikro Twitter kumpulan itu menunjukkan kemudahan hotel berkenaan yang dilengkapi 262 bilik, dua restoran, dua dewan, kolam renang, gimnasium dan bendera IS turut menghiasi depan hotel berkenaan.

Hotel berkenaan dipercayai Ninawa International Hotel pernah mendapat komen positif di laman Trip Advisor sebelum ia diambil alih oleh kumpulan itu.

Akuan Twitter milik IS turut mempromosikan pembukaan hotel berkenaan pada 1 Mei lalu di mana kehadiran adalah percuma kepada masyarakat Muslim.

Gambar menunjukkan ramai pengunjung berkumpul di kolam renang semasa pembukaan tersebut dan turut dihiasi persembahan bunga api.

Memetik laporan The Indepedent, penyebaran gambar itu dilihat sebagai propaganda kumpulan itu untuk menarik minat anak muda lelaki mahupun wanita untuk menyertai kumpulan itu.

Sementara itu, penyelidik badan Quilliam, Charlie Winter berkata, tujuan kumpulan itu adalah untuk menunjukkan kekuatan mereka tidak terjejas selepas serangan bom di bandar Mosul oleh Amerika Syarikat

"Ia adalah mesej propaganda yang mengambarkan bahawa serangan yang dilakukan itu tidak mendatangkan kerosakan kerana dapat menganjurkan pembukaan hotel.

Khidmat risikan Kanada diberi kuasa lebih besar

Stephen Harper
Stephen Harper

OTTAWA - KANADA. Ahli Parlimen Kanada, kelmarin, meluluskan undang-undang kontroversi yang memberi kuasa secara meluas kepada agensi risikan negara tersebut.

Rang undang-undang C-51 tersebut membolehkan perkhidmatan perisikan negara terbabit beroperasi di luar negara.

Menurut laporan Press TV, kandungan rang undang-undang yang disokong Perdana Menteri, Stephen Harper dan turut mendapat undian majoriti Dewan Rakyat itu pertama kali diumumkan pada Januari lalu.
Ia disifatkan sebagai undang-undang kontroversi kerana ia boleh menyebabkan mana-mana individu ditahan tanpa sebarang dakwaan dan memberi kuasa lebih besar kepada Perkhidmatan Risikan Keselamatan Kanada (CSIS).

Di bawah undang-undang itu, CSIS diberi kuasa untuk mengumpulkan maklumat dan melakukan pengintipan di luar negara.

Ia turut menerima kritikan banyak pihak kerana dianggap sebagai satu perlanggaran hak asasi manusia kerana tidak mempunyai fokus sebenar dan tiada pengawasan pihak sepatutnya.

Difahamkan, rang undang-undang itu dibentangkan susulan insiden serangan bersenjata yang dilancarkan oleh Michael Zehaf-Bibeau ke atas Tugu Peringatan Kebangsaan dan bangunan Parlimen di Ottawa yang turut meragut nyawa seorang tentera pada 22 Oktober lalu.

TH nafi beli Signature Tower (Fasa 2)


Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan membeli Signature Tower (Fasa 2) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) seperti yang dilaporkan dalam sebuah blog.
Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan itu, kata Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Johan Abdullah dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, dalam kenyataan yang sama, Johan menjelaskan TH ada membuat pelaburan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (hartanah) di TRX.
Ini, katanya, sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang menumpukan kepada sektor domestik.
"Pelaburan ini adalah keputusan komersial yang menepati selera risiko dan sudah melalui semua proses penilaian dalaman yang teliti.
"Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan sudah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional," kata Johan.
Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada kumpulan pada masa hadapan.
Johan berkata, TH akan terus meneroka peluang pelaburan dalam pasaran domestik seperti yang digariskan dalam rangka kerja Peruntukan Aset Strategiknya. Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49324#sthash.BUKau1i0.dpuf

Lepas T/Haji.. Zakat, KWSP, Felda, Khazanah Pula? -Tuan Ibrahim.


Posted by Ibnu Hasyim



Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan, apakah selepas Lembaga Tabung Haji, Putrajaya akan menggunakan wang agensi lain untuk menyelamatkan 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider, 7 Mei, 2015.

PAS mempersoalkan sama ada wang zakat pula akan digunakan bagi menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas pengesahan Lembaga Tabung Haji hari ini membeli tanah daripada syarikat bermasalah milik kerajaan itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan, apakah selepas Lembaga Tabung Haji, Putrajaya akan menggunakan wang agensi lain untuk menyelamatkan 1MDB.

"Apakah Lembaga Zakat, KWSP, Felda ataupun Khazanah akan digunakan untuk membeli aset yang dijual oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga murah pada harga yang lebih tinggi?" soal Tuan Ibrahim Tuan Man ‎dalam kenyataannya hari ini.

Bagi Pesuruhjaya PAS Pahang itu, kebimbangan yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini sudah berlaku.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengotakan janjinya yang lalu untuk memastikan Putrajaya tidak patut terlibat untuk menyelamatkan 1MDB," katanya.

Beliau memetik kata-kata Muhyidin tiga bulan lalu:

"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat."  Tuan Ibrahim mempersoalkan sama ada "kebimbangan" Muhyiddin sudah direalisasikan.

"Apakah beliau akan bertindak memihak kepada rakyat atau terus membisu seperti Najib?"  Ketua Pegawai Eksekutif TH hari ini mengakui lembaga itu membeli satu lot tanah di Tun Razak Ezchange (TRX) yang berharga RM188.5 juta, berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga yang dijual kerajaan kepada 1MDB.
"Dengan lubang RM42 bilion, 1MDB kini cuba mencairkan aset-aset yang diperolehinya untuk mendapatkan keuntungan.
"Dengan imej 1MDB yang sebegitu teruk sehingga gagalnya rancangan untuk IPO, siapakah lagi yang sanggup berurusan dengan mereka?" soal Tuan Ibrahim.

Kata Tuan Ibrahim, malangnya, penjual aset kepada 1MDB ialah kerajaan dan pembelinya pula ialah rakyat menerusi simpanan TH.  TH mengaku berurusan dengan 1MDB dalam pembelian tanah di TRX, iaitu salah satu projek pembangunan utama oleh 1MDB.

"Yang menyedihkan ialah gelagat Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang menafikan dakwaan awal apabila berita itu terledak.
"Apakah wajar TH berurusan dengan 1MDB yang sudah terkenal dengan masalah hutangnya?
"Ini masalahnya apabila jawatan Pengerusi TH merupakan lantikan politik, dan lantaran itu, mereka hilang sikap berdikari dan terpaksa akur dengan bos politik mereka," katanya.

Menurutnya, perkara yang paling busuk dalam isu ini ialah, yang menjual tanah TRX kepada 1MDB pada harga yang paling rendah ialah kerajaan, dan yang membeli semula tanah ini pada harga yang sangat tinggi daripada 1MDB ialah rakyat melalui caruman di Tabung Haji.

"Ini model perniagaan mudah untuk 1MDB – bapa jual pada anak pada harga murah, lepas itu memaksa menantu beli pada harga tinggi. Ke mana duit untung ini akan berakhir di 1MDB?" katanya. – 7 Mei, 2015. (TMI)
http://www.ibnuhasyim.com/

Thursday, May 7, 2015

PRK Pmtg Pauh: Wan Azizah Yakin Majoriti Tidak Susut


Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 9:17 AM

BUKIT MERTAJAM: "Hidup perlu diteruskan," demikian kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merujuk kepada ketiadaan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang berlangsung di sini, Khamis.
Menurut calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau bagaimanapun sedia menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat Permatang Pauh jika diberikan peluang oleh pengundi kali ini.
"Tanpa Anwar saya sedih, sepatutnya ini tidak berlaku. Tetapi hidup perlu diteruskan dan kita menentang kezaliman," katanya ketika ditemui selepas membuang undi kira-kira pukul 8.40 pagi di sini.
Beliau sebelum itu tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti kira-kita pukul 8.32 pagi.
Ditanya mengenai peluangnya untuk menang, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang meletakkan harapan untuk kembali berkhidmat di Permatang Pauh.
Malah Dr Wan Azizah juga yakin peratusan undian terhadapnya juga tidak akan merosot.
"Alhamdulillah saya rasa berjalan lancar. Saya harap dan saya berdoa supaya pengundi di Permatang Pauh tidak akan mengecewakan saya. Wallahualam saya tak boleh cakap menang atau tidak.
"Tapi saya tak percaya undian di Permatang Pauh akan menurun," katanya.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR; calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin; Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya,Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Tiada Perjanjian Tanah Dengan 1MDB - Tabung Haji


Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 12:35 PM

PETALING JAYA: Tabung Haji menafikan laporan pemberi maklumat bahawa badan pengurusan tabungan jemaah haji itu telah membeli beberapa bidang tanah daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada harga yang tidak munasabah.
"Tak betul. TH (Tabung Haji) akan keluarkan kenyataan secepat mungkin," kata pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menerusi Twitternya sebagai respons kepada seorang pengguna pada malam Rabu.
Media sosial kecoh apabila sebuah blog, The Benchmark mengeluarkan beberapa dokumen pada 5 Mei lalu, yang kononnya memperincikan cadangan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX), satu berharga RM194 juta dengan RM2,860 kaki persegi dan satu lagi RM578 juta dengan RM3,900 kaki persegi.
Blog itu mendakwa bahawa ia menerima maklumat itu daripada "seseorang" di Tabung Haji dengan mengatakan bahawa ia merupakan "penjanjian pantas" yang mendapat kelulusan kerajaan kurang dua minggu dan wang telah dibayar secara penuh kepada 1MDB.
Blog berkenaan turut mendakwa 1MDB dipercayai menganugerahkan sejumlah besar tanah TRX milik kerajaan di Jalan Tun Razak pada kadar yang murah iaitu RM60 kaki persegi.
Ia mendakwa 1MDB turut dipercayai telah membayar sejumlah kadar lebih tinggi sedikit iaitu kira-kira RM90 kaki persegi untuk tanah pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.
Pegawai khas kepada Abdul Azeez ketika dihubungi berkata, Ahli Parlimen Baling itu sedang mengadakan mesyuarat dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai perkara itu.
"Satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya.

Terserah Kepada Keluarga Nur Fitri Tentukan Masa Depannya - Shafie Apdal


Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 7:00 AM
Shafie Apdal.

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan, terpulang kepada keluarga Nur Fitri Azmeer Nordin untuk memutuskan sama ada pelajar itu akan meneruskan pengajian di dalam negara atau sebaliknya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, adalah menjadi hak keluarganya dan pelajar itu sendiri untuk menentukan masa depannya.
"Selepas selesai menjalani hukuman, dia akan dihantar pulang ke tanahair dan ketika itu terserah kepada dia dan keluarganya untuk tentukan sama ada dia akan memohon untuk meneruskan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau tidak.
"Mara tidak boleh lagi berikan pinjaman kepadanya kerana ia sudah ditarik balik," katanya kepada mStar Online.
Beliau mengulas mengenai bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kini menjalani hukuman penjara sembilan bulan di London bersabit 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.
Pada Selasa, Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin ketika dihubungi mStar Onlinememaklumkan beliau secara peribadi bersetuju jika pelajar itu diberi peluang kedua selepas menerima hukuman.
Kenyataan Nazir Hussin bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi yang menganggap tidak wajar pelajar berkenaan diberi peluang berkenaan.
Bagaimanapun pada Rabu, Nazir Hussin yang juga Exco Pemuda Umno  memaklumkan, beliau tidak mempunyai kapasiti untuk memberi komen mewakili Mara berhubung kes Nur Fitri dan ia adalah pandangan peribadinya.
"Saya rasa dia perlu diberi peluang kedua untuk masa depannya. Semua orang pernah melakukan kesilapan," katanya dalam kenyataan itu.

Bekas Posmen Ceraikan Isteri Selepas Bergelar Jutawan


Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 11:44 AM
Samantha

SEORANG bekas posmen dilapor meninggalkan isterinya demi wanita lebih muda selepas bergelar jutawan hasil kemenangan perjudian EuroMillions jackpot bernilai £128 juta (RM700 juta).
Adrian Bayford, 44, warga British memenangi judi tersebut pada 2012 sebelum meninggalkan isterinya pada 2013 demi seorang wanita muda iaitu Samantha Burbidge, 28.
Bayford meninggalkan isterinya Gilliana selepas 15 bulan bergelar jutawan.
Tidak cukup dengan itu, lelaki berbadan gempal terbabit dilapor menghabiskan sebahagian besar wangnya untuk wanita berkenaan yang kini tunangnya.
Mirror Online melaporkan, dalam perkembangan terbaru, Bayford telah membeli 10 ekor kuda dan tanah seluas 35 ekar bernilai  £1.5 juta untuk wanita itu bersukan.
Wanita itu juga kini mendiami rumah agam bernilai £6 juta selepas bergelar tunang kepada Bayford.

Aktiviti pendakian Everest ditutup



AFP - GAMBAR fail bertarikh 26 April ini menunjukkan pasukan penyelamat mengusung mangsa yang tercedera di Base Camp Everest selepas berlaku runtuhan salji akibat gempa bumi.


KATHMANDU – Kerajaan Nepal menutup Gunung Everest daripada sebarang aktiviti pendakian musim ini berikutan laluan ke Base Camp rosak akibat runtuhan salji, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).
Sekurang-kurang 22 pendaki terbunuh dan 217 lagi masih hilang berdekatan Base Camp. Runtuhan salji yang berpunca daripada gempa bumi kuat itu menyebabkan ratusan orang termasuk pendaki asing terperangkap di sana.
Pasukan khas sherpa dikenali sebagai doktor runtuhan ais yang ditugaskan oleh Sagarmatha Pollution Control Committee (SPCC) memberitahu, beberapa runtuhan salji berlaku selepas gempa bumi berukuran 7.9 magnitud itu.
Ia menyebabkan kerosakan teruk pada laluan Eve­rest dan tidak dapat diperbaiki musim ini.
“SPCC mengumumkan penutupan laluan pendakian musim ini atas nasihat daripada pasukan khas sherpa tersebut,” ujar Pengerusi SPCC, Ang Dorjee Sherpa.
Sekurang-kurangnya 1,000 pendaki termasuk 400 warga asing berada di Base Camp ketika gempa bumi pada 25 April lalu. – Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3ZQYNfYfF 
Hakcipta terpelihara 

DUIT TABUNG HAJI DIREMBAT







TABUNG HAJI BUKAN TABUNG
PENYELAMAT 1MDB: DS NAJIB DAN LEMBAGA TABUNG HAJI WAJIB NAFIKAN

Dokumen penglibatan Tabung Haji seolah sebagai tabung penyelamat 1MDB telah beredar di media sosial. Inti pati dokumen dapat difahami bagi menyelamatkan 1MDB dengan membeli 2 plot tanah di Tun Razak Exchange pada harga RM772 juta menggunakan dana pendeposit.

Dokumen juga memaparkan Tabung Haji perlu membayar RM2,860 per square feet (RM194juta) bagi plot tanah pertama dimana kelulusan Menteri dalam masa kurang 2 minggu dan wang pembelian harus di bayar kepada 1MDB secara penuh pada masa SnP dimeterai.

Satu amalan yg ganjil.

Mengapa Tabung Haji perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah Kerajaan dengan wang pendeposit Tabung Haji?

Pada awalnya 1MDB hanya mendapat Plot 1 dengan harga RM 4 juta daripada Kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.

Untuk Plot 2, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.

Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri? Apakah pendeposit Tabung Haji bakal menjadi mangsa 1MDB dalam pelaburan berisko tinggi ini.
DS Najib selaku Pengerusi Lembaga 1MDB dan Lembaga Tabung Haji wajib tampil menjelaskan perkara ini.

Sebagaimana yang saya cadangkan sebelum ini, ini masa yang sesuai untuk ditubuhkan Ombudsman bagi mengelak hal seperti ini berulang pada sebarang masa.

Husam Musa
7/5/2015

http://tukartiub.blogspot.com



Pekedai Islam Xinjiang diarah jual arak


Penduduk Islam etnik Uighur di Xinjiang sering ditindas kerajaan
Penduduk Islam etnik Uighur di Xinjiang sering ditindas kerajaan China termasuklah dilarang berpuasa, menyimpan janggut, dan yang terbaharu pekedai Islam diarah menjual arak. AGENSI
XINJIANG 6 Mei – Kedai dan restoran milik peniaga Islam di sebuah perkampungan, di sini diarah untuk menjual minuman keras serta rokok atau bakal berdepan pendakwaan dan kedai mereka boleh ditutup jika gagal berbuat demikian.
Laman web International Business Times memetik kenyataan Radio Free Asia (RFA) semalam sebagai berkata, bentuk penindasan terbaharu terhadap penduduk Islam di wilayah Xinjiang itu, bertujuan mengurangkan pengaruh agama berkenaan di barat laut China.
Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Laskuy mengeluarkan notis kepada penduduk di Kampung Aktash minggu lalu yang mengarahkan restoran dan pasar raya di kampung berkenaan perlu menjual lima jenama minuman keras dan rokok sebelum 1 Mei lalu.
Selain itu, peniaga turut diarah untuk mempromosikan barangan dalam bentuk yang menarik.
“Mana-mana peniaga yang enggan mengikuti arahan akan menyebabkan kedai mereka ditutup dan digantung, selain berdepan tindakan undang-undang.
“Peraturan ini merupakan arahan daripada pemimpin tertinggi parti pemerintah Parti Komunis,” jelas notis berkenaan.
Arahan tersebut merupakan tindakan terbaharu China dalam kempen yang disifatkan sebagai mahu menghapuskan pelampau agama dan melemahkan pengaruh Islam di barat laut negara ini.
Setiausaha Jawatankuasa Kampung Aktash, Adil Sulayman berkata, notis tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan kempen melemahkan Islam yang dijalankan oleh kerajaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pekedai-islam-xinjiang-diarah-jual-arak-1.88858#sthash.2wAnBHNV.dpuf

Wednesday, May 6, 2015

Penduduk berang, serang perhimpunan PAS

RABU, 6 MEI 2015 @ 6:03 PM

Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

KEKECOHAN ketika sekumpulan ahli PAS mengadakan perhimpunan aman berhampiran Masjid Kubang Semang, Penanti hari ini. - Foto Mikail Ong

BUKIT MERTAJAM: Perhimpunan aman sekumpulan ahli PAS kecoh selepas kehadiran mereka tidak disenangi penduduk setempat di Kubang Semang di sini. Malah, penduduk turut bertindak agresif dengan mematahkan sepanduk dan merosakkan alat pembesar suara yang dibawa ahli PAS berkenaan. Situasi bertambah buruk apabila kumpulan ahli PAS terbabit turut dibelasah oleh beberapa individu tidak dikenali. Perhimpunan itu yang disertai kira-kira 20 ahli PAS, diadakan sebagai tanda protes terhadap tindakan kepimpinan PKR dan DAP yang menolak pelaksanaan hudud.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53273

"Tiada Peluang Kedua Untuk Nur Fitri," Kata KJ Kepada Mara


Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 2:05 PM
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah bersuara terhadap tawaran peluang kedua kepada pelajar Malaysia di London yang bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Khairy berkata Nur Fitri Azmeer Nordin, yang ditahan pada November bagi kesalahan itu boleh berusaha mendapatkan peluang kedua untuk dirinya sendiri tanpa tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Selepas menjalani hukuman penjara dan pemulihan yang panjang 'paedo' boleh usahakan peluang kedua by himself. Tak perlu tajaan MARA etc," Khairy menulis di akaun Twiiternya, Rabu.

Menggunakan hashtag #NoSecondChance , yang menjadi topik trending di Twitter, Khairy memberi amaran kepada Mara berhubung pembaziran dana awam.

"Harap MARA tidak membazir duit rakyat," katanya.

Mara, yang menaja pengajian Nur Fitri di Britain, dilaporkan berkata akan menawarkan peluang kepada Nur Fitri untuk mengikuti pengajian di universiti tempatan.

Nur Fitri, seorang sarjana matematik berusia 23 tahun di Imperial College di London, didapati bersalah memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video ekstrem pornografi kanak-kanak.

Dia diserbu di bilik kediamannya di Queensborough Terrace November lalu, di mana polis menemui komputer ribanya sedang terbuka, di sebelah patung kanak-kanak lelaki bersaiz sebenar.

Dia memiliki 601 video dan imej kategori A (penyalahgunaan melibatkan aktiviti seksual melampau kanak-kanak), dan beribu-ribu bahan kategori B dan bahan C.

Satu petisyen juga telah dimulakan di www.petitionsite.com oleh pengguna yang dikenali sebagai Hanie Razaif-Bohlender menuntut badan milik kerajaan tidak memberikan peluang kedua.

Pada tengah hari, petisyen itu telah mendapat lebih dari 1,000 tandatangan.

Kak Wan Optimis Sejarah Berulang

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 2:30 PM


MESRA dengan panggilan Kak Wan, figura ini cukup terkenal di kalangan pengundi di Pematang Pauh.
Tidak kira tua atau muda, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini kembali menawarkan diri untuk berkihidmat di kawasan Permatang Pauh dilihat begitu serasi dan mesra ketika turun berkempen menemui penduduk tempatan.
Bagaimanapun dalam keceriannya, Dr Wan Azizah optimis untuk menyambung khidmat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh khususnya dalam membela nasib rakyat selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ikuti temubual ringkas mStar Online bersama Dr Wan Azizah yang kelihatan yakin untuk mempertahankan kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh sejak 17 tahun lalu.
mStar Online: Bagaimana mood kempen dalam tempoh berbaki kurang 48 jam ini?
Dr Wan Azizah: Alhamdulillah kempen kita mendapat sambutan baik di kalangan rakyat. Pengundi memahami mengapa Kak Wan kembali bertanding dan petugas-petugas kita bersemangat untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh.
mStar Online: Apa kerisauan yang timbul setakat ini?
Dr Wan Azizah: Provokasi BN menerusi media arus perdana adalah perkara biasa yang harus kita lalui. Kita bersyukur kerana sejak awal lagi usaha-usaha provokasi, termasuk usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat tidak berhasil. Kita mendapat kerjasama PAS dan DAP. Rakyat Permatang Pauh sudah matang dan tidak termakan dengan provokasi. Kita berada dalam 'good spirit'. InsyaAllah.
mStar Online: Apa masalah atau rungutan yang paling banyak diterima sewaktu kempen?
Dr Wan Azizah: Sepanjang kempen, Kak Wan banyak bertemu dengan kaum wanita yang kebanyakannya suri rumah, juga golongan pekerja.Mereka banyak rungutan mengenai masalah kehidupan, kenaikan harga barang keperluan, terutama sekali mereka tidak selesa dengan  GST.
mStar Online: Bagaimana penerimaan pengundi untuk Datuk Seri kembali berkhidmat di Permatang Pauh?
Dr Wan Azizah: Alhamdulillah rakyat menerima Kak Wan kembali bertugas. Mereka masih ingat jasa Anwar Ibrahim dan simpati dengan nasib beliau yang dipenjarakan. Kadang kala terpaksa memanjang tempoh kempen di sesuatu tempat kerana ramai yang mahu berjumpa, bertanya khabar dan bergambar dengan Kak Wan.
mStar Online: Seruan Datuk Seri kepada pengundi luar serta pengundi dalam kawasan?
Dr Wan Azizah: Kak Wan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengundi Permatang Pauh yang duduk di luar kawasan. Menerusi SMS, mereka memberi maklum balas yang positif, bahawa mereka mengatakan bahawa mereka akan pulang mengundi. Setiap undi adalah penting dan kita dihargai.
mStar Online: Apa harapan Datuk Seri dalam PRK kali ini? Peluang untuk menang?
Dr Wan Azizah: InsyaAllah, dengan sokongan PAS dan DAP di Pulau Pinang, kita akan kekalkan kemenangan. InsyaAllah kita akan membawa amanah rakyat dan memperjuangkan isu GST di Parlimen.
mStar Online: Apa kelebihan Datuk Seri sebagai calon PKR dan Pakatan berbanding calon BN?
Dr Wan Azizah: Kak Wan sudah biasa dengan penduduk Permatang Pauh dan sekitar Bukit Mertajam sejak sebelum Anwar menjadi wakil rakyat pada 1982 lagi, tambahan pula kerajaan Pulau Pinang, dikuasai Pakatan Rakyat. Oleh itu, InsyaAllah berbekalkan pengalaman yang ada serta kerjasama erat dengan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kita yakin dapat berkhidmat dengan lebih baik untuk rakyat di Permatang Pauh. Pengundi Permatang Pauh pada penggal-penggal yang lepas telah memilih saya tatkala saya bertanding. InsyaAllah, sejarah akan berulang.

BN Hilang Majoriti Di Rompin Kerana GST, Peningkatan Kos Sara Hidup - Dr M


Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 4:12 PM
Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kos sara hidup yang meningkat antara faktor Barisan Nasional (BN) hilang majoriti di Rompin, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu menafikan dirinya mempengaruhi penurunan majoriti BN dan berkata isu yang saling berkait rapat itu benar-benar membebankan orang ramai.

"Saya bukan faktor.

"Orang-orang di Rompin lebih mengambil berat tentang isu-isu seperti GST dan kos sara hidup.

"Isu-isu seperti 1MDB tidak memberi makna kepada orang kampung, mereka tidak tahu mengenainya. Mereka tidak dapat bayangkan pun berapa banyak RM42 bilion, bagi mereka RM1 juta atau RM1 bilion adalah sama.

"Bagaimanapun, kuasa beli rakyat menjadi lebih rendah hari ini, dan ia ditambah lagi dengan GST, yang mengurangkan pendapatan mereka," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas berucap pada Wacana Perdana Siri ke-19 di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Rabu.

Dr Mahathir berkata, kerajaan BN mempunyai sesuatu yang boleh dipelajari dari Rompin, terutama mengenai nasib rakyat.

"Meningkatkan gaji minimum untuk menyelesaikan masalah ini mungkin menyebabkan kos sara hidup naik. Kerajaan perlu memikirkan apa yang perlu dilakukan dan Rompin telah mengajar mereka," katanya.

BN memenangi PRK Rompin pada Selasa, tetapi dengan majoriti berkurangan berbanding pilihan raya umum lepas.

Mengenai peluang BN dalam PRK Pauh, Dr Mahathir berkata, Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti yang lebih sedikit dengan berlaku perbalahan dalaman.

"Saya fikir sukar untuk BN menang, walaupun pembangkang berbalah.

"Pembangkang masih akan menang, tetapi dengan margin yang lebih kecil," katanya.

Khalid Sifatkan Kenyataan Azmin Melampau


Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 8:21 PM
Khalid Abu Bakar

BUKIT MERTAJAM: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang didakwa menggelarnya dengan nama kurang elok baru-baru ini, sebagai melampau.

Khalid berkata beliau telah dimaklumkan mengenai dakwaan Mohamed Azmin dan Persatuan Pegawai Kanan Polis ( Cawangan Pegawai Diwartakan) sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu pada Rabu.

"Negara kita ada undang-undang, dan biarlah undang-undang yang menentukan. Saya juga tidak pasti sama ada kertas siasatan berhubung kes itu dibuka atau tidak.

"Cuma kenapa dia (Mohamed  Azmin) tak tanya saya sendiri mengenai sama ada saya 'barua UMNO' atau tidak? Kenapa tanya orang Permatang Pauh?" katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) disini, Rabu.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor didakwa menggelar Khalid sebagai 'barua UMNO' dalam satu ceramah di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Ditanya sama ada beliau sedih dengan kenyataan itu, Khalid berkata: "Kamu (wartawan) pun tahu saya sudah banyak kali dikecam seperti ini. Tapi, bagi saya kenyataan Mohamed Azmin kali ini adalah melampau," katanya. -BERNAMA