Thursday, April 1, 2010

Harta pusaka RM72j tidak dituntut


KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat semalam diberitahu, jumlah harta pusaka yang belum dituntut di negara ini sehingga 28 Februari lalu mencecah RM72 juta.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, harta tersebut kini dilaburkan oleh pihak berkenaan menerusi instrumen pelaburan yang dibenarkan mengikut Akta Pemegang Amanah 1949.
"Amanah Raya Berhad sentiasa mengoptimumkan pelbagai usaha dan inisiatif bagi mengesan waris sah termasuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan menyiarkan iklan di akhbar-akhbar dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan S. Manikavasagam (PKR-Kapar) yang ingin tahu jumlah harta pusaka yang belum dituntut pewaris si mati.
Vui Keong juga menegaskan kerajaan tidak membekukan harta pusaka yang tidak dituntut dan pewaris boleh memohon dengan mengemukakan Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh pihak yang diberi kuasa iaitu sama ada Mahkamah Tinggi,

No comments:

Post a Comment