Saturday, May 15, 2010

penjahat bantu penjahat


Obama sokong biaya RM697 juta sistem pertahanan roket Israel

WASHINGTON 14 Mei - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Kongres meluluskan peruntukan AS$205 juta (RM697 juta) untuk membantu Israel mempercepatkan penempatan sistem pertahanan roket di kawasan sempadannya.
Sistem 'Kubah Besi' Israel bertujuan untuk meminta roket yang dilancarkan dari Genting Gaza dan Lebanon.
Walaupun sistem pertahanan peluru berpandu dan roket itu akan mengambil masa beberapa tahun sebelum beroperasi sepenuhnya di sepanjang dua sempadan tersebut, ia dijangka ditempatkan di beberapa lokasi awal pada tahun ini.
Pentadbiran Obama memutuskan untuk membantu membiayai sistem pertahanan Israel itu selepas kagum dengan keberkesanannya dan mendapati bantuan dana daripada Washington sekarang akan membolehkannya ditempatkan lebih cepat, kata seorang pegawai kanan pentadbiran.
Permintaan White House itu akan dihantar secara rasmi kepada Kongres dalam beberapa hari lagi, sebagai tambahan kepada permohonan bajet pentadbiran bagi tahun fiskal 2011 yang bermula pada Oktober ini.
Israel belum mempunyai sistem pertahanan untuk menangkis serangan beribu-ribu roket yang dilancarkan ke kawasan sempadannya di selatan dan utara oleh pejuang Palestin di Genting Gaza dan gerila Hizbullah di Lebanon.
Tentera Israel mempercepatkan permintaannya bagi mendapatkan sistem pertahanan berikutan perang negara itu dengan Hizbullah pada 2006 apabila utara Israel dihujani 4,000 roket jarak dekat Katyusha.
Sistem Kubah Besi itu menggunakan kamera dan radar untuk menjejaki roket dan menembaknya jatuh dalam masa beberapa saat selepas ia dilancarkan.
"AS dan sekutu kami, Israel menghadapi banyak cabaran keselamatan yang sama, termasuk memerangi keganasan dan menangani ancaman daripada program nuklear Iran.
"Presiden mengakui ancaman yang dihadapi oleh rakyat Israel daripada peluru berpandu dan roket yang dilancarkan oleh Hamas dan Hizbullah," kata jurucakap White House, Tommy Vietor. - AP

No comments:

Post a Comment