Saturday, May 15, 2010

Tanda- tanda gula nak naik


Pelanggan kempunan minuman 'O'


BEKAS gula kosong di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu ketika tinjauan semalam.


KUALA TERENGGANU - Orang ramai khususnya pengguna di sini kini berdepan kesukaran untuk merasai kenikmatan minuman 'O' di restoran-restoran atau gerai makan.
Semuanya bermula sejak dua hari lalu apabila bekalan gula di negeri ini berada pada paras kritikal sehingga memaksa peniaga menyediakan minuman bersusu tanpa gula.
Tinjauan semalam mendapati sesetengah kedai menampal notis pemberitahuan memaklumkan kepada pelanggan bahawa minuman 'O' sama ada teh atau kopi tidak dapat disediakan.
Seorang peniaga makanan memberitahu, disebabkan terputus bekalan gula, pelanggan yang mahu minum teh, hanya boleh memesan teh bersusu atau kopi bersusu sahaja dan tiada lagi minuman 'O'.
Sementara itu, seorang pelanggan, Ishak Mohamad, 30 berkata, dia yang membawa keluarganya untuk makan di sebuah warung di sini terkejut kerana pemilik kedai tidak menyediakan minuman 'O'.

No comments:

Post a Comment