Saturday, May 1, 2010

ulama umno beri nasihat


Ambil iktibar larangan berpolitik di dalam masjid

PENDANG 30 April - Setiap titah atau larangan daripada Sultan tidak boleh diambil mudah kerana telah termaktub dalam Perlembagaan bahawa rakyat perlu taat kepada Raja, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Justeru, katanya, teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah sesiapa sahaja termasuk ahli politik yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau tidak perlu datang ke negeri itu, perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak.
"Sultan tidak bertitah seorang diri di dalam istana, jadi titah tersebut perlu dipatuhi kerana di dalam Perlembagaan kita perlu taat kepada Raja,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Ekspo Karnival Silaturahim dan Ekonomi (Karsep 2010) dan Pasar Raya Pendang di Taman Wawasan di sini hari ini.
Mashitah diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor yang menegur ahli-ahli politik yang tidak bersetuju dengan larangan untuk tidak berpolitik di dalam masjid dan surau di negeri itu semalam.
Titah baginda, jika ingin datang ke Selangor, mereka perlu mematuhi dan menghormati segala peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.
Mashitah menambah, beliau kesal kerana ada pihak-pihak yang tidak mengendahkan titah Sultan Selangor tersebut.
"Jadi saya harap perkara ini dijadikan iktibar dan kita tidak boleh ambil mudah dengan larangan tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment