Tuesday, June 1, 2010

Umat Islam Kutuk Kekejaman Israel Tapi Masih Guna Produk Sekutu Israel.. Apa cerita?


Pelik.... dalam keghairahan masyarakat Islam (Malaysia dan dunia Islam) mengutuk kekejaman Israel tapi dalam masa yang sama masih membantu menaikkan ekonomi Israel dan sekutunya. Masyarakat Islam masih lagi menggunakan produk sekutu Israel. Apa cerita?
Bagi saya, cara terbaik untuk menghancurkan Israel dan sekutunya ialah dengan menjahanamkan ekonomi mereka. Tapi saya yakin tiada negara Islam yang berani memboikot barangan Israel dan sekutunya...

Malaysia tidak terkecuali mengutuk kekejaman Israel itu....

[BERNAMA] Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan mengusulkan perkara tersebut kepada peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB supaya perkara ini dibincangkan dalam masa terdekat.

"Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) di sini hari Isnin.

Beliau juga berkata "seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu".

"Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel," katanya.

Najib berkata serangan ini juga menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa mereka sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan mereka akan membawa kepada kehilangan nyawa orang-orang yang tidak berdosa.

Perdana Menteri berkata pada masa ini beliau juga sedang menunggu butir dan maklumat sahih mengenai nasib rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi itu.

Salah sebuah daripada sembilan buah kapal kecil konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki iaitu Mavi Marmara telah diserang oleh tentera Israel hari ini berdekatan Gaza.

Dua rakyat Malaysia, iaitu seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani, dilaporkan berada di atas kapal itu dan nasib mereka masih tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment