Wednesday, July 7, 2010

Jangan siar berita fitnah



SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan akhbar supaya tidak menyiarkan bahan-bahan karut-marut dan berunsur fitnah, kerana itu hanya akan menjejaskan imej negara dan rakyat. 

Sebaliknya, Perdana Menteri me- nyeru supaya pengamal media meng- utamakan pembentukan akal budi murni dengan laporan berasaskan fakta dan kredibiliti. 

“Saya boleh terima apa sahaja cerita, asalkan ceritanya benar, ada kredibiliti dan bukannya rekaan, fitnah. Jangan reka cerita, jangan buat pembohongan, bidaah (dusta). Nak sebut kelemahan saya, saya boleh terima tapi jangan nak kata sesuatu yang tidak benar. 

“Kerajaan pimpinan saya sedia dikritik sekiranya ada yang tidak betul, tetapi sebarang kritikan mestilah berasaskan fakta dan bukan semata-mata fitnah yang boleh mengelirukan orang ramai,” katanya berucap ketika merasmikan akhbar S:inar Harian Nasional: dan melancarkan Program Karangkraf Peduli, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam. 

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Maglin Dennis d’Cruz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. 

Najib berkata, laporan karut-marut dan fitnah tidak akan membantu ke arah Malaysia yang makmur dan bersatu padu, malah boleh merosakkan akal budi masyarakat. 

Beliau turut memuji :Sinar Harian: yang edarannya telah mencecah hampir 200,000 sehari, walau pun baru berusia empat tahun, sambil berkata: “Saya tidak sekat apa yang Sinar (Harian) hendak siarkan, tetapi pastikan apa yang dilaporkan ada benar, bukan fitnah.” 

Perdana Menteri, yang dibawa melawat ke setiap bahagian penerbitan :Sinar Harian: dan majalah, kagum dengan peralatan canggih di bahagian percetakan dan memuji seluruh kakitangan berjumlah 1,500 yang memperlihatkan komitmen dan inovatif. 

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Hussamuddin berkata, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa akhbar :Sinar Harian: memihak dalam laporannya. 

“Kami tidak dimodali atau didalangi oleh mana-mana parti politik, pertubuhan atau individu. Sebab itulah kami boleh mengekalkan konsep bebas hingga hari ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment