Wednesday, July 7, 2010

Pas lapor polis jika Shafie berdegil



SHAH ALAM - Pas memberi amaran akan membuat laporan polis sekiranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menarik balik kenyataannya yang menghina parti itu sebagai ajaran sesat. 

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, laporan polis akan dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin serta Solat Hajat oleh satu juta ahli parti itu di seluruh negara. 

Katanya, dakwaan Shafie itu sebagai kenyataan yang biadab dan keterlaluan. Justeru, beliau mencabar Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna atas dakwaan mengapa membuat kenyataan begitu. 

“Apakah beliau kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam. 

Menurutnya, dalam Perlembagaan Pas Fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam” sementara Fasal 7 (1) Adapun hukum tertinggi sekali dalam pegangan Pas ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul, ijmak ulama dan qias yang terang dan nyata. 

“UMNO pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?” katanya mengulas dakwaan Shafie yang juga Naib Presiden UMNO dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat UMNO bahagian Kulai Jaya kelmarin yang menuduh Pas, parti ajaran sesat. 

Menurutnya, Pas tidak mahu mengajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, al-Quran,sunnah, ijmak dan qias yang diperjuangkan parti itu.

No comments:

Post a Comment