Monday, September 13, 2010

5 kecewa ibu mungkir janji


Oleh Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my
2010/09/12




pix_gal0
Tak balik beraya dengan anak
 

GRIK: Hasrat lima beradik yang ditinggalkan ibu sejak empat bulan lalu untuk bermaaf-maafan dan memeluk ibu dirindui pada pagi 1 Syawal tidak kesampaian apabila Siti Rohmah Asnawi, 34, tidak pulang ke rumah seperti dijanjikan.Nur Syafiqah Abdullah, 14, (gambar) berkata seharian mereka menunggu dengan memakai baju baru dan menghidangkan juadah untuk menyambut kepulangan ibu, tetapi Siti Rohmah bukan saja tidak muncul, malah tidak menelefon bertanyakan khabar.
“Mama cakap nak balik raya tapi tak datang pun, telefon pun tak. Rasa sedih tak dapat bersama mama raya ni. Kami mahu mama balik dan bersama kami,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Sebelum ini, Berita Harian menyiarkan rintihan Nur Syafiqah serta empat adiknya, Muhammad Aidilfitri, 5; Siti Nur Aishah, 7; Muhammad Azhar, 9, dan Nur Syahidah, 11, yang merindui ibu mereka sejak menghilangkan diri Mei lalu. 

Lima beradik itu yang menumpang di rumah abang tiri mereka, Mohd Irwandi Awang Bakar, 24, dan isterinya, Nurasikin Angah, 20, di Kampung Bersia Lama, hidup terumbang-ambing selepas bapa mereka, Awang Bakar Jusoh, 55, meninggal dunia 2 Oktober 2008, sebelum Siti Rohmah pula menghilangkan diri. 

Selepas rintihan lima beradik itu disiarkan, Siti Rohmah yang dihubungi Berita Harian berjanji bertemu anaknya pada Aidilfitri jika tiada aral melintang. 

No comments:

Post a Comment