Wednesday, September 15, 2010

Buntu tiada MyKad

Oleh NASRI JAMALUDIN

mohdnasri.jamaludin@koasmo.com.my





LEE YIN menunjukkan sijil kelahiran pada sidang akhbar

di Taman Pelangi, Johor Bahru semalam.



--------------------------------------------------------------------------------





JOHOR BAHRU - Seorang pelajar, Bowee On Lee Yin, 14, buntu memikirkan dirinya yang masih belum mendapat MyKad sedangkan keluarganya telah membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri sejak dua tahun lalu.



Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau di sini itu turut hairan kerana masalah tersebut berlaku kepada dirinya sahaja manakala abang dan kakaknya berjaya memiliki MyKad seawal usia mereka 12 tahun.



Keluarganya juga telah menetap di negara ini sejak 20 tahun lalu.



Lee Yin berkata, apa yang membimbangkan ialah ketiadaan kad pengenalan menyukarkan dia mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan.



"Saya sangat susah hati. Segala prosedur untuk mendapatkan MyKad telah dibuat sejak dua tahun lalu namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas.



"Kalaulah disebabkan ibu saya warganegara Singapura, permohonan saya ditolak kenapa pula abang dan kakak saya boleh mendapat MyKad. Terbukti saya dan mereka ada pertalian darah," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment