Friday, October 1, 2010

Notis awam jangan terpedaya tawaran ah long ditampal



01/10/2010 8:12pm

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur, Azizah Mahamud hari ini mengesahkan bahawa satu notis awam mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran peminjam wang tidak berlesen bagi tujuan bayaran ikat jamin di tampal di setiap lokasi mahkamah.
Azizah berkata, penampalan notis berkenaan bertujuan memberi kesedaran dan maklumat kepada pihak-pihak terlibat dalam kes jenayah bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa peminjam wang tidak berlesen seperti ah long.
"Notis itu mula ditampal di semua lokasi mahkamah sejak minggu lepas, dan notis sama turut diarahkan ditampal di seluruh mahkamah di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini.
Mengikut surat pekeliling bertarikh 25 Ogos 2010 yang dikeluarkan oleh Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya (nama pendaftar tidak dibenar letak) arahan untuk meletakkan notis awam di papan notis mahkamah untuk berhati-hati dengan tawaran peminjam wang tidak berlesen dan kegiatan “mencari pelanggan” harus ditampal di kesemua papan notis mahkamah bagi mengelakkan orang awam terpedaya dengan tawaran itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment