Friday, October 1, 2010

Sekatan ke atas Sierra Leone ditarik balik




NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bersidang kelmarin membuat keputusan menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Sierra Leone selepas berpuas hati bahawa kerajaan negara Afrika Barat itu sudah berjaya mengawal konflik yang berlarutan sejak 1997.

Sekatan itu dikenakan berikutan rusuhan pemberontak yang menyebabkan lebih daripada 50,000 penduduk terbunuh dan ramai lagi mengalami pelbagai kecacatan kekal.

Tentera pengaman PBB pula akan terus berada di Sierra Leone sehingga September tahun depan serta membantu membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Umum 2012.

No comments:

Post a Comment