Wednesday, November 24, 2010

Anwar mahu hakim digugurkan



Ekoran enggan beri akses kepada nota klinikal tiga doktor hospital KL


KUALA LUMPUR: Dalam tindakan mengejutkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mahu hakim yang mendengar kes liwat keduanya digugurkan ekoran keputusan hakim berkenaan kelmarin menafikan beliau akses kepada nota klinikal yang disediakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kelmarin memutuskan pasukan pembela gagal mengemukakan sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Datuk Seri Anwar akses kepada nota-nota klinikal itu.Peguam utama Datuk Seri Anwar, Encik Karpal Singh semalam mendakwa bahawa hakim telah tersalah tafsir satu keputusan Mahkamah Agung pada 1993 bahawa mahkamah-mahkamah tertakluk kepada keputusan di mana saksi mesti disediakan dengan kesemua data yang dijadikan asas maklumat.'Bukti lisan oleh saksi (hanyalah) makluman. Sebarang pandangan tanpa dinyatakan sebab tiada nilai,' kata Encik Karpal.Justeru, Encik Karpal meminta Hakim Mohd Zabidin menumpukan perhatiannya kepada Seksyen 45 Akta Keterangan bahawa bukti mesti dikemukakan untuk menyokong keterangan seseorang saksi.'Saya minta yang arif agar mempertimbangkan Seksyen 45... saya menjangkakan apabila saksi ketiga disoal, dia akan diprogramkan seperti saksi yang ketiga,' kata Encik Karpal.Hakim itu, bagaimanapun, berkata Seksyen 45 hanya untuk tujuan 'dapat diterima' pandangan, tidak lebih daripada itu.Oleh itu, beliau menolak permintaan Encik Karpal menangguhkan prosiding untuk memfailkan permohonan tersebut. Permohonan itu akan difailkan pagi ini.Ini bukan kali pertama Datuk Seri Anwar berusaha untuk menggugurkan hakim daripada mendengar kesnya.Kelmarin, Mahkamah Tinggi menafikan Datuk Seri Anwar akses kepada nota klinikal tiga pakar HKL ketika membuat pemeriksaan terhadap pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Hakim Mohd Zabidin menolak permohonan Datuk Seri Anwar untuk satu perintah bagi memaksa pihak pendakwaan membekalkan nota klinikal yang diambil tiga pakar HKL itu semasa memeriksa Saiful selama tiga jam di hospital tersebut pada malam 28 Jun 2008.Pihak pembelaan memohon untuk nota itu selepas pakar bedah am, Dr Mohd Razali Ibrahim, merujuk kepada nota-nota itu semasa memberi testimoninya, yang mana pihak pembelaan berpendapat nota itu, jika dikeluarkan, mungkin bercanggah dengan keterangan lisan Dr Razali.Dr Razali adalah saksi pendakwaan kedua dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar, yang didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dengan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.Semalam, Encik Karpal juga meminta seorang lagi saksi kes liwat itu, Dr Siew Sheue Feng, supaya dikenakan tindakan menghina mahkamah dengan 'mencampuri pentadbiran kehakiman', selepas beliau enggan merujuk kepada laporan 'proforma' semasa disoalbalas, walaupun tidak mengingati sedikit pun kandungannya. -- Agensi.

No comments:

Post a Comment