Thursday, December 30, 2010

Ibu tunggal tagih simpati



MASAI – Hati ibu mana yang tidak bimbang meninggalkan anak-anak yang masih kecil sendirian di rumah, di Kampung Desa Bakti, di sini, tatkala ibu terpaksa keluar mencari rezeki seawal jam 5 pagi setiap hari.

Tambahan pula, persekitaran rumah yang dipenuhi semak-samun dan berhampiran dengan sungai membuatkan si ibu tidak keruan setiap hari berada di tempat kerja untuk menanti waktu pulang.

Aleena Mohd Puasa, 29, yang merupakan ibu tunggal berkata, setiap hari seawal jam 5 pagi dia terpaksa keluar rumah ke tempat kerja di Tampoi ketika empat anaknya yang berumur antara tujuh dan tiga tahun masih nyenyak tidur.

Menurutnya, rumah setinggan berkenaan milik rakannya yang membenarkan mereka lima beranak menumpang teduh sejak dua bulan lalu, selepas diarahkan keluar kerana gagal menjelaskan tunggakan rumah sewa.

No comments:

Post a Comment