Sunday, April 3, 2011

15 rumah papan terbakar

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri: "

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my
SEREMBAN 2 April - Lebih 75 penduduk di Jalan Tembak, Bukit Tembok dekat Temiang di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana penduduk sempat menyelamatkan diri masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Zakaraia Amat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.45 pagi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Katanya, sebanyak tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Seremban 2 dan Rahang.

'Pihak bomba terpaksa bekerja keras menghalang api daripada merebak kerana kebanyakan rumah yang terlibat diperbuat daripada kayu. Api berjaya dikawal dalam tempoh sejam,' katanya ketika ditemui di tempat kejadian."

No comments:

Post a Comment