Sunday, April 3, 2011

Pemberontak dakwa berjaya pertahan Brega

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

BREGA, Libya 2 April - Pemberontak Libya hari ini mendakwa berjaya menewaskan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi yang cuba menawan kembali bandar Brega dari tangan mereka.

Walaupun tiada pengesahan berhubung dakwaan tersebut, wartawan AFP di tempat kejadian menyaksikan tujuh mayat askar Gaddafi dan sekurang-kurangnya 10 trak pikap terbakar di Brega Baru.

Pertempuran semakin berkurangan di luar bandar pada pagi ini dan hanya kedengaran pesawat pejuang NATO terbang kawasan berkenaan.

Brega, 800 kilometer dari timur Tripoli menjadi lokasi pertempuran sejak beberapa hari lalu apabila tentera Gaddafi kembali untuk merampas kembali bandar berkenaan.

Bagaimanapun, masih tidak jelas siapa yang menguasai bandar berkenaan sejak Khamis lalu dengan pasukan pemberontak berkumpul di Ajdabiya, 80 kilometer dari timur bandar itu. - AFP"

No comments:

Post a Comment