Thursday, July 14, 2011

Wanita Saudi lebih utama kerjaya

JEDDAH: Menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini, wanita Saudi berkata mereka mahu kerjaya dan mempunyai wang sendiri daripada mendapat suami kaya. Hampir 200 wanita berumur antara 17 dan 35 tahun mengambil bahagian dalam kajian internet oleh Arab News.

Sebanyak 87 peratus wanita bujang berkata mereka memilih kerjaya daripada mendapat suami kaya manakala 13 peratus menjawab mereka setuju berkahwin dengan lelaki kaya kerana mahu memulakan perniagaan sendiri atau menganggap membelanjakan wang suami itu adalah satu pekerjaan.

Apabila diberi pilihan antara berumahtangga atau bekerja, majoritinya memilih bekerja.

“Saya tak dapat bayangkan diri saya cuma duduk di rumah dan tidak buat apa-apa selain memasak dan mencuci. Saya mahu suami saya menganggap saya lebih dari itu,” kata Zahra Abunaser, 34 tahun.


“Itu suatu pembaziran, apatah lagi bagi wanita yang telah belajar di universiti,” katanya lagi. - AN

myMetro | Wanita Saudi lebih utama kerjaya

No comments:

Post a Comment