Tuesday, August 23, 2011

10,000 bomba bertugas



CHEE HEUNG (tengah) mencuba peralatan khas bagi membuka pintu kereta ketika waktu kecemasan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus atau 10,090 orang daripada 12,622 anggota bomba dan penyelamat telah diarahkan bertugas sepanjang musim perayaan menerusi Ops Raya 2011 selama dua minggu bermula semalam sehingga 6 September depan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, jumlah tersebut turut melibatkan seramai 117 anggota unit udara jabatan itu dengan tujuh buah helikopter serta 258 buah balai bomba bertindak sebagai pusat operasi di setiap negeri.
"Objektif utama operasi ini ialah memastikan semua lokasi kemalangan maut termasuk kawasan perumahan dipantau dengan rapi bagi membolehkan tindakan pantas diambil sekiranya berlaku kemalangan.
"Saya berharap dengan kehadiran jumlah anggota yang ramai dapat memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kita mampu memberikan masa respons dengan cepat," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Ops Raya 2011 di Plaza Tol Sungai Besi di sini semalam.
Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan demonstrasi menyelamat melibatkan pasukan bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan dan PLUS Expressways Berhad.-kosmo

No comments:

Post a Comment