Tuesday, August 23, 2011

Rukayah dijel

JAKARTA: Polis Indonesia berkata, mereka menahan isteri Umar Patek, Rukayah, kerana melakukan kesalahan imigresen.
Jurucakap polis, Boy Rafli Amar, berkata Rukayah - seorang warga Filipina - memalsukan maklumat tarikh lahir serta keluarganya untuk mendapatkan pasport.

Justeru, katanya, Rukayah dianggap memiliki pasport palsu ketika menemani suaminya di negara luar.

“Ketika ini Rukayah ditahan di bilik pengasingan,” katanya.

Umar adalah suspek utama pengeboman Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 orang.

Dia ditahan pihak berkuasa bersama Rukayah di Abbottabad, Pakistan pada Mac lalu, tidak lama sebelum pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, ditembak mati tentera elit Amerika Syarikat.


Sementara itu, kata Boy, Umar pula menghadapi pelbagai tuduhan, termasuk melakukan keganasan, melanggar undang-undang imigresen serta jenayah lain.

“Dia berdepan dengan hukuman penjara lebih 15 tahun,” katanya.

Umar ditahan di pusat tahanan Kelapa Dua, Depok, sejak 17 Ogos lalu selepas diserahkan pihak berkuasa Pakistan sebelum itu.

Selain Indonesia, Umar juga dikehendaki Filipina, Amerika Syarikat dan Australia. - JP, hmetro

No comments:

Post a Comment