Friday, August 19, 2011

11 diarah henti perniagaan

A RAHMAN  mencuba kebolehannya memasak murtabak ketika melawat   bazar Ramadan di Pekan Kuala Besut di Besut Terengganu.
A RAHMAN mencuba kebolehannya memasak murtabak ketika melawat bazar Ramadan di Pekan Kuala Besut di Besut Terengganu.

Makanan peniaga bazar Ramadan didapati dicemari bakteria berbahaya

KUALA BESUT: Sebelas peniaga di Bazar Ramadan di negeri ini diarah menghentikan perniagaan selepas didapati menjual makanan dicemari bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata sampel makanan tercemar itu diambil Jabatan Kesihatan yang membuat pemeriksaan di semua bazar seluruh negeri sejak awal Ramadan.
Beliau berkata, 11 daripada 178 sampel makanan dan minuman dari bazar Ramadan yang diambil sejak beberapa hari lalu didapati mengandungi bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Sampel makanan yang tercemar itu dikesan di tujuh gerai di Kemaman, Kuala Terengganu (tiga) dan satu di Marang," katanya selepas meninjau bazar Ramadan di pekan Kuala Besut dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Nordiyanah Hassan dan pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Daerah Besut dan Majlis Daerah Besut.

Dr A Rahman berkata, sehingga 15 Ogos, semua 51 kawasan bazar Ramadan membabitkan 5,114 pengendali makanan sudah diperiksa yang mana 278 dibuat pemeriksaan ulangan bagi membolehkan teguran dan nasihat yang diberi ketika pemeriksaan pertama dipatuhi.
Daripada 2,075 gerai yang sudah diperiksa, 1,642 gerai mencapai markah penilaian lebih 80 peratus.

Sebanyak 608 gerai pula diberi markah penilaian 60 hingga 79 peratus, manakala tiada gerai mendapat markah di bawah 60 peratus.

"Pencapaian itu adalah lebih baik berbanding tahun lalu dan keadaan itu sebahagian besarnya disebabkan pemantauan berterusan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan, Pejabat Kesihatan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Dari segi pemeriksaan kesihatan dan suntikan pelalian, daripada 5114 pengendali makanan berdaftar, seramai 4,367 orang telah diberikan suntikan,” katanya.

Sepanjang Ramadan tahun ini, sebanyak 2,033 sesi pendidikan kesihatan menerusi pendekatan ceramah berkumpulan dan bersemuka semasa pemeriksaan premis telah diadakan membabitkan 3,859 pengendali makanan.

No comments:

Post a Comment