Friday, August 19, 2011

Remaja pelan amuk ditahan

MIAMI: Polis Florida semalam berkata, mereka menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana merancang serangan bom di bekas sekolah menengah untuk membunuh 30 pelajar dan mengatasi pembunuhan kejam di Sekolah Menengah Columbine pada 1999.
“Kami mungkin telah mematahkan satu tragedi yang belum pernah disaksikan oleh penduduk Tampa,” kata Ketua Polis tempatan Jane Castor kepada wartawan.
Jared Cano, 17 tahun yang dibuang sekolah tahun lalu kerana terlibat dalam satu insiden luar kampus telah mensasarkan untuk mencederakan dua orang pentadbir sekolah itu dengan menggunakan bom paip buatan sendiri.

Polis yang bertindak atas maklumat, menggeledah rumah Cano kelmarin dan menjumpai manifesto terperinci tentang plot, termasuk lukisan susun atur di mana beliau akan meletakkan bom itu.
Bahan yang ditemui seperti “menyatakan hasratnya untuk mengatasi bilangan mangsa daripada kejadian di Colombine,” kata Jane.

Ia merujuk kepada serangan sekolah di mana dua orang remaja bersenjata, membunuh lebih daripada satu dozen orang.

Polis menemui beberapa komponen bom, termasuk bahan api, serpihan, tiub plastik, fius dan peranti pemasangan dalam biliknya, katanya.

Mereka juga menemui tempat penanaman ganja, lampu, tumbuh-tumbuhan, paip kaca biru, menurut laporan St. Petersburg Times.

Tiada senjata api ditemui dalam rumah itu tetapi Cano pernah ditahan kerana mencuri senjata api dan menyimpan ganja, kata Polis, Major John Newman yang menambah, “pihak berkuasa memang kenal sangat dengannya.”

Pihak pengurusan di Sekolah Menengah Freedom, Tampa berkata, Cano dibuang sekolah setahun setengah yang lalu dan kehadirannya di sekolah itu akan menarik perhatian orang, maka rancangannya mungkin tidak akan berjaya.-hmetro

“Saya tak rasa rancangannya itu realistik,” kata Pengetua, Chris Farkes ketika sidang akhbar yang di adakan di sekolah itu.

Castor enggan memberi komen tentang keadaan psikologi Cano. Dia berkata, “bukan tugas kami mendiognosis kesihatan minda individu.” - AFP

No comments:

Post a Comment