Friday, August 19, 2011

‘Kami dah bercerai’

PETALING JAYA: Pelakon Ainina Ahmad B, 40, mengaku bercerai dengan vokalis kumpulan Mega, Rahmat Tohak, 42, pada Januari lalu berikutan tidak tahan dengan tekanan pihak tertentu.
“Ya, kami bercerai Januari lalu selepas sekian lama saya bersabar. Selepas berbincang dengan Abang (Rahmat) secara baik, kami bersetuju mengakhiri perkahwinan kami,” kata Ainina, 40, ketika ditemui pada majlis pelancaran program hari raya TV3 dan TV9 di sini, semalam.

Ainina berkata, keputusan berpisah itu diambil bukanlah kerana mereka bergaduh atau tidak sehaluan pendapat, sebaliknya terpaksa diambil demi menjaga hati pihak tertentu. Ainina berkata, pada awalnya sukar Rahmat melepaskan dia, tetapi bekas suaminya akur selepas melihat dia tidak mampu lagi bersabar dengan tekanan daripada pihak terbabit.

“Walaupun masih ada perasaan cinta terhadap Abang, saya sanggup berkorban melawan perasaan itu. Apabila keputusan ini dibuat, saya hanya mampu menangis kerana terpaksa melepaskan orang yang masih saya sayangi. “Bagaimanapun pada masa sama, saya rasa terlepas beban selepas bercerai. Saya juga enggan rujuk semula dan anggap hubungan kami sebagai kawan.

“Memang keputusan ini sesuatu yang berat dan sukar tapi saya lakukannya selepas difikir masak-masak. Awalnya, saya beritahu ibu mengenai hasrat bercerai dan meminta dia jangan menangis. Selepas itu saya beritahu Abang sedia berpisah. “Sepanjang perkahwinan hingga sekarang, Abang seorang yang baik. Dia adil dan tidak abaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam rumah tangga. Tapi mungkin jodoh kami hanya sampai di situ.

“Sekarang saya kembali sibuk berlakon dan Abang sanggup sediakan pembantu rumah bagi menjaga anak kami. Anak pun faham keadaan kami sekarang,” katanya yang kembali berlakon selepas 10 tahun berehat. Ainina berkata, dia dan Rahmat tiada masalah duduk berbincang membesarkan dua anak mereka, Nur Ariana Rahmat, 9, dan Nur Ara Elisha, 2, hasil perkahwinan dibina 11 tahun. “Kami tidak mahu anak kehilangan dan ambil keputusan keluar bersama-sama sekiranya ada kelapangan,” katanya.

Ainina turut menafikan perceraiannya menjadi faktor dia berlakon semula. Katanya, tawaran berlakon datang ketika dia melalui proses bercerai. Dia mula berlakon drama bersiri Beret Hijau terbitan Global Network dan terbaru, Sekering Jiwa Ente terbitan Suhan Movies Sementara itu Rahmat ketika dihubungi berkata, keputusan ini elok dan baik untuk semua orang kerana mereka ada anak yang perlu diberi perhatian. Walaupun sedih keputusan itu terpaksa diambil selepas memikirkan untuk jangka panjang.

“Kami masih sama-sama berada dalam industri seni, jadi kami berjumpa dan berkawan. Keputusan berpisah diambil kerana inilah satu-satunya pilihan yang ada. Apabila bertukar perasaan sebagai kawan, kami takkan berasa apa-apa lagi. Niat kami untuk kebaikan semua selain anak takkan diabaikan,” kata penyanyi lagu Takdir Dan Waktu ini.-hmetro

No comments:

Post a Comment