Monday, August 29, 2011

Polis Indonesia tahan tiga lelaki rampas kereta api

JAKARTA 28 Ogos - Polis Indonesia menggagalkan cubaan tiga suspek untuk merampas kereta api eksekutif Gajayana ketika ia melintasi stesen Cikampek di Jawa barat, semalam.
Polis menangkap dua daripada suspek manakala seorang lagi dipercayai melarikan diri.
Seorang daripada suspek yang ditangkap itu dikenal pasti sebagai anggota Tentera Laut Indonesia.
Jurucakapnya, Laksamana Pertama Untung Surapati berkata, identiti suspek dikenali sebagai Sarjan Pertama Darso.
"Darso yang berkhidmat di Pangkalan Utama Tentera Laut (Luntamal) dipercayai mengetuai cubaan rampasan tersebut.
"Ketika kejadian, dia (Darso) dan dua lagi suspek mengarahkan pemandu kereta api menukar laluan menuju ke stesen Senan daripada laluan asal ke stesen Gambir di Jakarta," katanya yang dipetik Jakarta Globe.
Berikutan itu, suspek bakal berhadapan dengan hukuman berat.
Dalam kejadian semalam, drama rampasan tersebut berakhir di stesen Senen apabila perampas itu berbalas tembakan dengan polis.
Polis dimaklumkan mengenai cubaan rampasan tersebut oleh pemandu kereta api yang menghidupkan sistem penggera selepas ia dirampas.
Sementara itu, jurucakap Polis Metropolitan Jakarta, Brigadier Jeneral Suhardi Alius berkata, kumpulan perampas turut membawa senjata api ketika kejadian. - AGENSI/AFP, utusan

No comments:

Post a Comment