Sunday, September 25, 2011

Hudud tak sesuai dulu, kini dan selamanya...dah 54 tahun perintahpun masih tak sesuai


Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan - Zahid Hamidi
BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.
Beliau berkata sebagai orang Islam, keyakinan terhadap hukum hudud itu tidak timbul tetapi kesesuaian pelaksanaannya menyebabkan ia tidak dapat dilakukan kerana rakyat yang berbilang kaum.
"Masalah (berhubung isu Hudud) yang dihadapi oleh DAP dan PAS, biarlah mereka selesaikan tetapi pendirian kita sebagai kerajaan Barisan Nasional (BN), hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Kami Anak 1Malaysia' membabitkan 2,000 pelatih dan 500 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) di sini, Ahad.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh kepimpinan kerajaan BN berpendirian sama bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan.
Mengenai cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua dilantik daripada kalangan parti komponen, beliau berkata perkara ini perlu dibawa pada mesyuarat majlis tertinggi BN.
"Perkara ini tidak boleh dilontarkan tanpa dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan sebulat suara kerana itu merupakan konvensyen BN dari dulu," tambahnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment